Pasal seorang punya hal.
Pasal seorang punya
hal | Aku ni memang tak suka sangat nak bercerita apa-apa mengenai
pekerjaan aku dalam blog ceritaejoy ni. Sebabnya aku tahu, blog ceritaejoy ini dipantau oleh orang-orang tertentu! Oleh yang
demikian, apa-apa perkongsian maklumat berkaitan rahsia syarikat adalah suatu
benda yang akan menjerut leher aku sendiri sekaligus akan membuatkan aku sesak
nafas dan terus kiok!
Aku tahu, terdapat beberapa orang blogger dalam kumpulan
pekerja dekat sini. Dan secara jujurnya, aku tak mahu ambil tahu apa-apa
mengenai mereka. Ada sebabnya kenapa aku memilih untuk menjauhkan diri daripada
mencari dan bercampur dengan kumpulan blogger tu. Mungkin juga kerana perkara
yang akan aku kongsikan sekejap lagi.
Tak payah cakap syarikat ni lah, mana-mana syarikat pun
telah menetapkan bahawa, segala macam
rahsia syarikat adalah tidak boleh sama sekali dikongsikan pada mana-mana laman
sosial. Dah nama pun rahsia kan? Tak kan tak faham-faham lagi? Bukan budak-budak
sekolah rendah yang baru daftar darjah satu, yang kita perlu terangkan pada
diarang, apa itu rahsia.
Mungkin disebabkan blogger ni “excited” dengan apa yang baru
dia nampak, dia terus lupa semua benda! Rasa seronok agaknya sebab dia di
antara orang pertama yang nampak benda baru dalam malaysia ni sebelum orang
lain. Dikongsinya keseronokan itu dalam blog dia.
Sangka dia, mungkin akan menerima pujian kerana berjaya tahu
lebih awal daripada orang lain. Tetapi hakikatnya, bukan diri dia sahaja, tapi
dah menyusahkan hampir kesemua pekerja dekat sini. Eh! Pasal seorang punya hal ek! Habis semua kena tanggung!
Aku sebenarnya tak kenal siapa blogger ni. Tapi berdasarkan
maklumat kesalahan yang aku dengar, dia dah melakukan kesalahan dengan
kongsikan rahsia syarikat dalam blog dia! Eh! Bila sebut blog, memanglah aku
takut kan! Kenapalah dia tak kongsikan dalam facebook ke, Instagram ke, kan?
Kenapa mesti blog?
Sekarang ni, segala macam benda yang boleh akses dengan
laman sosial bakal disekat. Bayangkan kalaulah keluarga dekat rumah ada hal-hal
kecemasan, macamana mereka nak hubungi kita? Nak telefon pejabat? Kita bukan
selalu ada kat pejabat, nak buat macam mana? Pasal sorang punya hale k, habis
semua kena tanggung.
Bermula dari sifat tak ingin tahu siapa yang buat ni, terus
datang rasa kena ambil tahu. Aku nak juga tahu, apa blog dia. Nak tengok juga,
apa yang dia kongsikan dalam blog dia tu. Dan macamana pihak atasan boleh jumpa
dengan blog dia. Mungkin ada kata kunci yang dia gunakan, yang sememangnya akan
bawa masuk ramai orang atasan masuk dalam blog dia. aduh! Pasrah betul.
Lepas ni nampaknya makin susahlah aku nak aktif dekat laman
sosial. Pasal seorang punya hal ni.
aduh! Tolonglah faham dengan perkataan RAHSIA tu. Lebih-lebih lagi RAHSIA
SYARIKAT. Jangan jadi macam budak-budak kecil yang kita perlu terangkan setiap
perkara pada mereka. Tolonglah fikir orang lain sama. Adoi.
nice sharing
BalasPadamSabar...insyaAllah ada hikmah pada setiap yang berlaku..amin...
BalasPadammacam serius je.. hope everythin be fine,Insyaallah
BalasPadamada juga ex staff co saya buat camni. CEO pun dah tahu tapi taknak ambik tindakan.
BalasPadam