Nilai ringgit malaysia terkini.
Nilai ringgit
malaysia terkini | Assalamualaikum dan selamat pagi. Indahnya pagi ni,
sejuk! Lama tak rasa angina pagi macam ni. Oklah, hari ini, ceritaejoy nak
cerita sikit pasal nilai ringgit
malaysia terkini. Aduh! Nampaknya makin turun duit kita ni. Nilai pertukaran mata wang usd ke ringgit
malaysia adalah bersamaan MYR1=USD0.22. Atau senang nak faham, 1usd=RM4.48!
Aduh, 2 sen sahaja lagi nak cecah RM4.50!
Nilai mata wang malaysia 2016.
Ada effect ke kalau matawang jatuh? Soalan ini aku dapat
dari kawan aku. Dia boleh tanya aku macam gitu? Aduh! Tapi tidaklah aku
salahkan dia. Mungkin kerana dia tidak terasa dek kerana tidak melakukan
apa-apa pertukaran matawang asing. Besar sebenarnya kesan kepada kes mata wang malaysia jatuh ni.
Antaranya adalah pada mereka yang perlu ke luar negara
samada untuk urusan kerja mahupun urusan peribadi. Teringat lagi waktu aku di
hantar bekerja ke negara gajah putih. Nak tukar duit malaysia pergi bhat. Aku rugi
dalam RM300 ke RM400! Banyak tu! Cukup untuk belanja perut aku seorang selama
sebulan!
Tukaran matawang
terkini ini juga beri kesan kepada mereka yang ambil barang daripada luar
negara samada untuk berniaga atau koleksi peribadi. Besar sebenarnya ruginya. Cuba
bayangkan kalau pemborong ni ambil barang sama tapi dengan harga yang berbeza. Agak-agaknya
dia nak jual barang tu dengan harga yang sama atau dia akan naikkan harga untuk
menampung kerugian tu? Jawapannya, dah tentulah dia akan naikkan harga, betul
tak?
Kadar tukaran wang asing berbanding ringgit.
Bila tengok pertukaran
mata wang usd ke ringgit malaysia hari ini, terfikir dalam kepala aku ni,
untunglah mereka yang ada income dalam USD. Yang buat duit dengan adsense. Bayangkan USD100 kalau tukar kepada RM,
dah dapat RM447! Itu kalau income dia USD100, kalau lebih daripada tu? USD1000
ke? Uii. RM4477!! Banyak kan?
Apa pun, kita perlu buat sesuatu dengan keadaan mata wang malaysia jatuh ni. Kena
hati-hati. Tak kisahlah apa cara sekalipun, simpan emas ke, kan? Atau dah boleh
jana income dengan USD. Ada banyak cara sebenarnya nak jana income dengan USD. Boleh
cari caranya dekat google. Dan yang paling senang, aku cadangkan, korang mula jana income dengan Adsense.
Usahalah untuk jaga ekonomi keluarga kita. Takut nanti, kita
semua akan terkesan teruk dengan kejatuhan matawang ni, takut kesan dia kena
dekat anak-anak kita pula nanti. Ok?
Besar ny nilai turun !!!! bru nak plan jln ke overseas huhu. hope matawang stabil dlm tempoh tdekat. skurg2 ny kalo x pun, jan la nilai turun dlm tempoh yg lama. Mmg effect abis dgn ekonomi ngra
BalasPadamNieyl pun dah start dengan Adsense...:)
BalasPadamringgit dah merosot dengan banyak bertentang dengan USD. Harap tahun 2017 ringgit boleh naik balik. Jika x, susah nak cari makan.
BalasPadam