Mencari hotel di Melaka? Eco Tree Hotel mungkin pilihan terbaik.
Mata aku ni kan, kalau dah tangkap 1 benda tu, memang aku
akan perhatikan setiap masa kalau aku ke sana. Biasalah, hujung minggu kalau
bawa keluarga jalan-jalan bandar Melaka, kami akan guna jalan Melaka raya
*sebab dari telok mas kan* so, mesti lalu dekat area Eco Tree Hotel ni. Jadi
mata ni memang memandanglah. Tahu kenapa aku tertarik dengan hotel ni?
Jawapannya adalah, dia ada hiburan dekat rooftop! Hahaha.
Aku memang suka nak lepak dekat rooftop ni. Dan ada beberapa hotel di Melaka
ni yang ada hiburan dekat rooftop. Salah satunya Eco Tree la. Nampak “bercahaya”
je dari bawah. Bila aku cari review mengenai hotel ni, ramai yang suka dengan
konsep kolam renang hotel ni. Juga pada tingkat yang tertinggi, jom kita
tengok gambar ni!
Lagi satu, yang menarik minat aku pada di antara hotel terbaik di Melaka ini adalah,
bilik dia. aduh! Aku memang suka konsep rumah macam ni, serius! Tapi bila
mengenangkan anak yang dah masuk 3 orang ni, rasanya memang dah tak sesuai dah!
Tapi serius, aku memang suka konsep rumah macam ni, siap dulu, waktu bujang nak
ada rumah macam ni.
Tapi, ehh! Jangan tak tahu ya! Aku masih menyimpan hasrat
nak ada sebuah penthouse! Eh! Selera tinggi? Masing-masing punya minat kan? Aku
memang suka view dari tempat tinggi *dan sebab tu aku beli rumah atas bukit*
dan kalau boleh dan ada rezeki, aku nak sebuah rumah dengan pemandangan bandar.
Ahha! Rasa tenang je. Lagi pulak view dia tu KLCC. Eh? Hahaha.
Oklah! Rasanya cukuplah ceritaejoy ni. Yang sebenarnya saja
je nak kongsikan pasal hotel ni dengan korang. Tunggulah nanti, jika aku
berpeluang menginap di Eco Tree Hotel,
Melaka ni. Aku kongsikan pula review aku mengenai hotel ni. Buat masa
sekarang, kita layan gambar sumber dari google dulu ya! hehehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com