Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap!

Januari 17, 2017
Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap
Sumber : Google

Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap! | Siapa suka minum Hot Chocolate? Aku kali ni, bukanlah nak kongsikan Resepi Hot Chocolate Starbucks tu, tapi eh! Lebih kurang je sebenarnya rasa dia kan? Mana-mana restoran yang menyediakan hot chocolate ni, rasa dia pasti sama, dah nama pun menu yang sama. Hehe. Orait, kali ini, sajalah nak kongsikan Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap memandangkan aku suka coklat ni.

Bestnya dapat minum Hot chocolate ni waktu petang. Kena pula makan dengan churros. Pergh. Bergabung meletup! Tak tahu cara nak buat churros? Boleh baca post ni : Cara paling mudah buat Churros. Hahaha. Atau mungkin makan dengan kuih keria antarabangsa yang viral tu? Tapi kenalah beratur dulu sebelum dapat makan kan. Rasanya hot chocolate pun dah sejuk. Hehe.

Oklah. Cukup mukadimah setakat itu. Jom kita tengok Cara paling mudah buat Hot chocolate dan tentunya sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan:

- 2 cawan susu segar
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar gula
- Chocolate syrup



Cara nak sediakan hot chocolate ni pulak:

Panaskan susu segar dan masukkan serbuk koko dan gula. Gaul hingga sebati dan tunggu hingga mendidih.

Kemudian tuang dalam gelas dan sedia untuk di minum! Eh! Dah siap? Mudahkan? Ada orang letakkan Marshmallow dalam hot chocolate ni, ada yang tambahkan wipping cream. Siap buat bentuk love segala. Ikutlah kesesuaian dan kesedapan tekak masing-masing ya! hehe.

Orait! Dah siap dan sedia untuk diminum secara bujang ataupun sesama pasangan anda! hehe. Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap!

5 ulasan:

  1. Terimakasih atas resepinya. Teringat masa pergi cameron highland tu. Dapat minum teh hot choclate sambil lihat ladang teh 😃.
    .
    Angin pun sejuk je sepoi sepoi aircond 😍
    .
    Feelingnya masih jelas terasa.
    .
    Maznee pun nak share resepi teh coklat tu. Senang je
    .
    Buat teh macam biasa.
    .
    Masa air oanas panas, masukkan dalam 7 coins coklat masakan beryl. 😆🌸
    .
    Memang mengeggar jiwa. Rasa coklat tu kaw. 😃

    BalasPadam
  2. ingatkan ada buat sendiri punya..nak gak tengok hasilnya

    BalasPadam
  3. Panas & didihkn shja ??? Allahu mmg simple !!! =D

    BalasPadam
  4. Sedapnyaa hot chocolate! 🍫
    thank you for sharing this resepi

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.