Lirik lagu juara AJL31 : Lelaki teragung

Januari 23, 2017
Lirik lagu juara AJL31 : Lelaki teragung

Lirik lagu juara AJL31 : Lelaki teragung | Tahniah sekali lagi kepada Dayang Nurfaizah di atas kecemerlangan beliau merangkul 2 anugerah pada Malam Anugerah Juara Lagu ke 31 malam tadi. Dayang berjaya merangkul anugerah vocal terbaik AJL31 dan Juara bagi Juara lagu ke 31! Selepas daripada berjaya merangkul anugerah tu, maka ramailah yang mencari lirik lagu Lelaki teragung. Nak juga tengok bait-bait kata puitis yang ada di dalam lagu ni kan. Katanya sangat mendalam.

Lirik lagu juara AJL31 : Lelaki teragung

Kalau tengok live semalam, mesti korang perasan yang penulis lirik lagu ni menangis-nangis sambil cakap lagu Lelaki teragung ni sebenarnya ditujukan pada Ayah dia. aduh! Aku yang terdengar ni teruslah sebak kan. Sebabnya teringat kat ayah di kampung nu. Sorang je dia sekarang selepas kematian ibu aku yang tercinta. Hmm. Al-fatihah untuk Arwah Zainab bte Saad.


Ish! Ini kalau aku makin tulis dan tulis ni, datang pula rasa sebak dalam diri aku ni kang. Jadi apa kata kita tengok terus Lirik lagu juara AJL31 ni. Lelaki teragung oleh dayang nurfaizah.

Lagu : Lelaki teragung.
Lagu oleh : Natasyah
Penulis Lirik : Iman Imran
Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Ku sesali
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia

Dan di syurga

2 ulasan:

  1. Tahniah diucapkan kepada Dayang Nurfaizah. Beliau merupakan seorang penyanyi yg I suka sangat. Suaranya selalu mengkagumkan I.

    BalasPadam
  2. malam tadi layan jugak ajl..
    dr awal lagi memang dah boleh di jangka yg lagu ni boleh menang...
    lirik dia sangat puitis la..sgt bermakna...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.