Kerana menolak untuk bersama, suami bunuh isteri!
Kerana menolak untuk
bersama, suami bunuh isteri! | Semakin hari semakin menakutkan berita dekat
malaysia ni. Hanya kerana menolak untuk bersama, seorang suami tergamak menikam
isterinya dengan pedang samurai sehingga maut! Eh! Dah kenapa? Kenapa sampai
tahap membunuh? Mesti ada sebab kenapa sang suami tu tergamak buat macam tu,
aku mencari juga kalau-kalau ada info tambahan mengenai berita ni, tapi tak
jumpa.
Mengikut sumber yang aku baca, sang suami tidak berhati
perut ni berumur 50 tahun manakala mangsa iaitu isterinya berumur 38 tahun! Aduh!
Jarak usia yang sangat jauh. Bukanlah aku
kata jarak usia itu masalahnya, bukan. Tapi banyak kes yang kita baca,
dengan jarak usia macam ni, punca kepada benda-benda macam ni.
Macam cerita seorang rakan baik aku. Arwah adik dia, juga
kena tikam dengan suami dia. Dekat kl sana. Puncanya cemburu. Eh! Kenapa sampai
tahap nak membunuh eh? Dan benda yang sama juga. Jarak usia. Arwah adik rakan
aku ni muda. Suami dia pulak agak berusia. Tapi dalam kes dekat semporna ni,
aku kurang jelas la, atau dalam kata lainnya, tak berani nak tulis lebih-lebih,
sebab masih dalam siasatan polis kan?
Apa pun, suspek masih lagi di kesan kerana telah melarikan
diri lepas bunuh isteri dia. eh! Kenapa lari? Dah bunuh orang, lari pulak? Waktu
bunuh berani, kenapa tak lepak situ je? Atau serahkan diri? Kenapa nak lari? Ini
bukan kes kecik-kecik. Bukan tikam sekali, tapi 3 kali! Seingat aku, kalau
tikam sekali *kalau masih ada nyawa* hanya mendatangkan kecederaan. Tapi kalau
dah sampai 3 kali, memang dah niat nak membunuh tu!
Adeh! Apa pun, berhati-hatilah dengan sesiapa sahaja
walaupun dengan orang yang rapat dengan kita. Tengok sahaja kes ni, yang bunuh
tu suami dia! Orang yang diharapkan untuk menjaga diri dia dan kalau ada anak, untuk
melindungi anak-anak dia. Tapi orang yang diharapkan itulah yang sebenarnya,
sangat berbahaya pada dia. hmm.
Semoga kita semua dilindungi dari segala perkara yang tidak
diingini seperti ini. amin.
masalah akhlak ni. kesiannya isteri dah terbunuh, orang camni tak layak kawin pun
BalasPadamAllahuakbar....
BalasPadamnyawa manusia semurah telur ayam..
mohon dijauhi dari perkara begitu...