Putera Mahkota Thailand (Maha Vajiralongkorn) kembali dari luar negara untuk menjadi King Rama X

Disember 01, 2016
Maha Vajiralongkorn King Rama X

Putera Mahkota Thailand (Maha Vajiralongkorn) kembali dari luar negara untuk menjadi King Rama X | Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn telah kembali ke Bangkok bagi pertabalan the New King of Thailand selepas kemangkatan bapanya, King Bhumibol Adulyadej.

Maha Vajiralongkorn akan bertemu dengan ketua parlimen, Pornpetch Wichitcholchai selepas upacara keagamaan menandakan 50 hari kematian raja. Beliau kemudiannya dijangka secara rasminya akan menaiki takhta.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan Prem Tinsulanonda, bekas ketua majlis penasihat raja yang kini berperanan sebagai pemangku raja, juga akan hadir, mengikut jadual istana.

Maha Vajiralongkorn yang akan dikenali sebagai King Rama X, atau raja ke-10 Dinasti Chakri yang kini berusia 234 tahun, secara rasminya mesti menerima jemputan daripada parlimen sebelum dia boleh diangkat menjadi raja Thailand yang baru.

Satu pengumuman rasmi daripada keluarga diraja dijangkakan akan diumumkan tidak lama lagi mengikut protokol istana.

King Bhumibol, yang merupakan ketua negara yang paling lama berkhidmat di dunia meninggal dunia pada usia 88, memainkan peranan penting dalam memulihkan martabat diraja.

Sumber: Reuters

3 ulasan:

  1. Golomgan pemimpin akannberat soalannya di padang mahsyar kelak.

    Berat berat 😃

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam
  2. berapa umur prince ni ye. Kalau pakai spek memang ikutm uka bapak dia

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.