Bila mereka dah mula luahkan rasa hati mereka.

Disember 02, 2016
Bila mereka dah mula luahkan rasa hati mereka

Bila mereka dah mula luahkan rasa hati mereka | Aku jarang nak cerita pasal anak aku dekat blog ceritaejoy ni. Tapi hari ini aku terasa nak kongsikan pasal mereka. Aku sulung aku dah nak masuk 4 tahun. Dan dalam usia macam ni, dia dah mula tahu semua perkara dekat sekeliling dia. Anak kedua pula dah nak masuk 2 tahun. Dalam usia macam ni, mereka hanya berminat pada apa yang mereka lakukan setiap hari. Dan insyaAllah, yang no 3 akan lahir pada bulan dec 2016 ini, insyaAllah.

Baik. Hari ini aku nak cerita pasal anak sulung aku. Anak lelaki aku ni memang rapat dengan aku. Sebabnya aku memang manjakan dia. Aku memang manjakan anak-anak aku. Aku memang suka ikutkan apa je yang mereka nak kalau waktu itu aku ada duit lebih. Walaupun aku tahu, apa yang aku beli tu tak kan bertahan lama, tapi aku tetap belikan untuk diarang.

Walaupun wife aku tak suka, sebab katanya anak-anak akan lebih leka main daripada makan, dan minta supaya aku tak beli lagi, tapi aku tetap beli. Sebabnya aku ada alasan aku sendiri. Aku waktu kecik susah nak dapat apa yang aku nak. Mainan, makanan, semua lah. Adik beradik ramai. Pendapatan keluarga tak tinggi, jadi faham-faham lah.

Ok, lupakan tentang itu, kita balik semula pada cerita Bila mereka dah mula luahkan rasa hati mereka ni. Aku sekarang ni, bila anak dah nak masuk 3, aku kena gandakan kerja aku. Sebabnya, tengok sahajalah pada keadaan ekonomi sekarang ni, wife pula surirumah sepenuh masa, jadi kewangan keluarga perlulah dipertingkatkan. Dan sekarang, masa aku lebih banyak di tempat kerja.

Aku faham, anak-anak nak membesar, mereka nak bermain dengan ayah dan ibu dia. Tapi apakan daya kan, kita kena cari duit lebih. Kadang, bila wife aku cerita, anak sampai tertidur sebab nak tunggu aku balik kerja, aku jadi sedih. Yelah, aku pergi kerja awal pagi, waktu mereka tidur. Aku balik kerja, mereka dah pun tidur. Hmm.

Antara perkara yang menikam jiwa raga aku adalah bila isteri aku cerita, anak sulung aku selalu cakap, ayah ni kerja je. Fuh! Betul terasa sangat dengan ayat dia. Memang betul, kadang tu, 7 hari seminggu aku kerja tanpa henti. Bukan untuk orang lain, tapi untuk mereka juga. Tapi yelah, mereka masih kecil kan, mereka tak tahu keadaan ekonomi sekarang ni, kehidupan mereka sangat indah dalam usia mereka sekarang.

Takpelah, biar aku kerja keras sekarang, supaya mereka senang di kemudian hari. Kadang, ada sesuatu yang kita perlu letakkan di tepi buat sementara waktu demi untuk kesenangan di kemudian hari. Semoga apa yang aku usahakan sekarang, bakal menjadi sesuatu yang sangat hebat di kemudian hari, insyaAllah, amin.

1 ulasan:

  1. Inya Allah lama2 anak2 akan fhm.. Apa pun cuba la curi masa untuk luangkan masa dngn anak2 agar mereka rasa terabai

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.