Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang.
Seafront Scandinavian
Home, Pulau Pinang | Siapa yang mencari Penginapan Menarik Di Pulau Pinang? Hari ini aku nak kongsikan 1
lokasi menarik yang boleh dijadikan pilihan buat mereka yang ingin bercuti ke
pulau pinang cuti sekolah ini. Aku sendiri tertarik dengan penginapan ini yang
pada mata aku, sangat cantik! Dengan pemandangan laut dari tingkat tertinggi
sememangnya suatu yang sangat indah! Jom kita tengok Seafront Scandinavian Home yang terletak di George Town, Pulau
pinang, Malaysia.
Seafront Scandinavian
Home adalah sebuah sebuah pangsapuri “dupleks” mewah dengan 2 bilik tidur
dan 2 bilik mandi dengan siling super tinggi yang menawarkan pemandangan
panorama Georgetown dan pelabuhan. Dengan ruang dalam berkongsepkan warna
putih, bersih dan dengan design Scandinavian homes, tidak mustahil lah kenapa
ianya menjadi salah satu daripada Penginapan
Menarik Di Pulau Pinang.
Selain berehat, anda boleh memasak dan makan sambil
menikmati pemandangan indah daripada Seafront
Scandinavian Home ini. Lokasi percutian ini menawarkan suasana romantis
buat anda dan pasangan anda juga sesuai bagi percutian keluarga!
Tarikan menarik di
sini.
Lokasi Penginapan
Menarik Di Pulau Pinang ini terletak di “Karpal Singh Drive" dan menawarkan hiburan dan 2 medan selera
gergasi. Selain itu, hanya 5 minit memandu dari pusat bandar, 20 minit memandu
ke Gurney dan maksimum 10 Min memandu ke Queensbay.
Sedikit mengenai ruang yang tersedia di Seafront Scandinavian Home ini, ia menyediakan 2 bilik tidur dan 2
bilik mandi, Bilik Tidur pertama menyediakan 2 katil queen, Bilik Tidur kedua
terletak di tingkat bawah dan menyediakan 1 katil queen.
Bagi daftar kemasukan ke penginapan ini adalah selepas jam
1500 dan bagi daftar keluar pula adalah jam 1100. Tiada tuala yang disediakan
disini dan sila bawa tuala anda sendiri. Tidak dibenarkan merokok di dalam Seafront Scandinavian Home dan antara
arahan keras disini adalah, pengunjung tidak dibenarkan membawa durian! Juga
haiwan peliharaan tidak dibenarkan di sini serta sila tinggalkan kasut anda diluar.
Jika pengunjung melanggar peraturan ini, bayaran pembersihan
tambahan sebanyak RM200 akan ditolak daripada deposit anda untuk membersihkan
bau yang ada. Jadi sila beringat ya!
baru tahu ada nama jalan karpal singh. anyway nice house. boleh masuk dlm buku alamat ni
BalasPadam