Food : Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah.
Food : Resepi Mushroom Soup
Paling Sedap dan mudah! | Ok. Siapa suka makan Mushroom soup? Aku
sebenarnya tak suka sangat tapi bila wife aku suka makan. Dan dia kerap makan! Jadi,
aku pun turut sama jadi peminat Mushroom soup ni. Ramai yang beranggapan susah
nak buat soup ni. Oleh yang demikian, beli sahaja dekat 7E. Tengah malam pun
boleh makan. Tapi itu dulu, hari ini, aku akan kongsikan dengan korang semua Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah!
Oklah. Dari dapur orang bujang hari ini, kita buat Mushroom soup la pula ye. Sedap makan
dengan apa ye soup ni? Kalau aku, aku suka makan dengan roti. Makan macam tu
pun sedap juga. Ada orang suka makan dengan western. Eh! Sedap juga kan? Bakar
kambing kemudian buat Mushroom soup. Fuh! Perfect!
Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah!
Orait! Cukup setakat itu. Perut dah menyanyi ni. Jom kita
tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Mushroom Soup Paling Sedap ni.
- 200g cendawan
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji bawang Holland
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar daun thyme *taim*
- 2 cawan stok ayam
- ½ cawan krim
- Lada hitam
- Garam
Orait. Dah sediakan bahan-bahan ni, kita belajar pula cara
nak buat Mushroom Soup Sedap ni.
Perkara pertama adalah Cairkan mentega dan masukkan cendawan
erta garam (½ sudu kecil). Masak lebih kurang 10 minit.
Kemudian, masukkan bawang Holland, bawang putih, 1 sudu
kecil thyme, dan masak selama 5 minit.
Selepas itu, masukkan tepung gandum dan kacau selama 2
minit.
Masukkan pula stok ayam dan biar ia masak selama lebih
kurang 15 minit.
Selepas itu, Blend sup hingga halus.
Masukkan sup kembali ke dalam periuk dan masukkan krim.
Masukkan garam (½ sudu kecil) dan lada hitam (½ sudu kecil).
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com