Jadi jutawan hanya dengan Upload video?

November 09, 2016
jadi jutawan hanya dengan youtube

Jadi jutawan hanya dengan Upload video? | Aku pernah ceritakan benda ni dengan rakan-rakan aku. Dan hampir kesemua daripada mereka tak percaya! Mereka buntu sebenarnya, Tak tahu macam mana nak buat side income, Aku cakaplah, cuba Buat Duit Dengan Youtube. Banyak sebenarnya Panduan Buat Duit Dengan Youtube yang dikongsikan dekat internet. Mungkin mereka je tak tahu. Apa pun, aku bukanlah nak share cara-cara tu dekat sini, tapi aku nak beritahu kawan-kawan aku dan korang semua, mereka yang dah jadi jutawan hanya dengan upload video di youtube!

Sebelum tu, Siapa yang percaya kalau aku cakap, boleh Buat Duit Dengan Youtube ni? Rasanya tak semua orang percaya kan. Kalau pemain adsense, mereka dah tahu dah boleh Buat Duit Youtube dengan Adsense. Macam mana pula dengan mereka yang tak ada akaun adsense? Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Youtube ni kan?

Untuk jawapan kepada persoalan itu, korang kenalah cari sendiri Panduan Buat Duit Dengan Youtube di internet. Banyak sebenarnya ilmu dan perkongsian yang dah ditulis oleh ramai blogger. lagipun, fokus aku hari ini adalah, mereka yang dah berjaya jadi jutawan, sekali lagi, jadi jutawan, bukan berjaya Buat Duit Dengan Youtube lagi ya, jadi jutawan terus! Siapa cakap tak boleh kaya dengan youtube ni tadi? Hehehe.

Oklah! Berikut adalah senarai mereka yang bergelar jutawan dengan hanya upload video di Youtube.

Buat Duit Dengan Youtube

#5. Rhett and Link. (USD4.5 Juta)

Rhett dan Link ni adalah duo komedi Internet terdiri daripada Rhett James McLaughlin dan Charles Lincoln "Link" Neal III. Mereka ni banyak upload video-video berbentuk komedi. Jangan tak tahu ya, ada beberapa video mereka memiliki beberapa episode! Wah! Hebat betul! Macam drama TV pulak!

Buat Duit Dengan Youtube

#4. Lindsey Stirling (USD6 Juta)

Ala. Orang cantik, memang lah dapat perhatian ramai orang. Janganlah anggap macam tu dulu ya! Lindsey Stirling ni sememangnya berbakat! Dia Cuma upload video menyanyi dan menari sambil main biola, itupun Dah berjaya Buat Duit Dengan Youtube sekaligus menjadikan beliau seorang jutawan.

Jadi, kalau korang juga memiliki bakat yang menarik seperti Lindsey Stirling, apa kata korang buat channel di youtube dan mula upload video korang hari ini! Mana tahu rezeki korang ada dekat sini. Kan?

Buat Duit Dengan Youtube

#3. Fіnе Brоthеrѕ (USD8.5 juta)

Mereka ni pasangan adik beradik. Bеnnу Fine dan Rafi Fіnе. Banyak upload video mereka sejak mereka kecil lagi. Wah! Bestlah! Kecik-kecik dah ada video kan? Aku ni dah dewasa pun takda video sendiri. Uh! Pasangan adik beradik ni terkenal dengan siri video mereka sendiri. Sama macam Rhett and Link tu tadi. Hmm, agaknya, resepi untuk menjadi seorang jutawan dengan Youtube, mesti kena ada siri video yang tersendiri dekat channel kot. Hmm.

Buat Duit Dengan Youtube

#2. Smоѕh (USD 8.5 Juta)

Ok. Ini bukan adik beradik tapi kawan baik. Iаn Hесоx dаn Anthоnу Padilla. Mereka ni adalah orang penting di belakang rancangan smosh. Saluran mereka di Youtube merekodkan hampir 20 juta pelangan! Wow!

Buat Duit Dengan Youtube

#1. PеwDіеPіе (USD 12 Juta)

Wowww! Panjang sikit! Sebabnya? Dia buat USD12 juta hanya dengan Youtube! So, siapa tadi yang tak percaya boleh Buat Duit Dengan Youtube tu tadi? Korang tau video Fеlіx Kjеllbеrg ni mengenai apa? Permainan video. What??

Ya! dia upload cara-cara beliau bermain permainan video dengan penjelasan dan tutorial yang sangat mudah! Benda senang. Memanglah ramai orang cari. Betul tak?

Oklah! Itulah senarai mereka yang bergelar jutawan dengan hanya upload video di Youtube. So! Siapa yang rasa diri mereka berbakat dan boleh membantu orang lain, cepat-cepat cari Panduan Buat Duit Dengan Youtube dan mula upload video anda hari ini. Rezeki itu ada di mana-mana. Tinggal kita sahaja perlu usaha. Ubah minat anda menjadi sesuatu yang sangat berharga, sekarang!

2 ulasan:

  1. youtube sbenarnya ada satu program online..tapi malaysia takda kelayakan. mungkin kat situ diorang dpt duit kot..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.