Apa akan jadi kalau Donald trump menang?
Apa akan jadi kalau
Donald trump menang? | Rasanya jawatan new president
of the United States dah sah menjadi milik Donald trump. Dan ramai juga rakan-rakan aku yang menyatakan “ketidakpuashatian”
mereka melalui laman sosial. Dan aku sendiri tertanya-tanya, apa akan jadi kalau Donald trump menang?
Kenapa ramai yang tak suka dia menang? Ini membawa aku untuk mencari jawapan
kepada persoalan yang sudah aku tanyakan dalam laman sosial namun sehingga kini
masih belum punya jawapan!
What happens if donald trump win 2016 US election?
Immigration.
Perkara pertama yang aku jumpa adalah, donald trump ingin mengusir semua pendatang tanpa izin dari amerika
syarikat! Ia mungkin nampak mustahil. Dan pakar-pakar ekonomi telah memberi
amaran, usaha itu akan memberikan kesan yang sangat teruk kepada ekonomi
amerika syarikat!
Dan khabarnya, donald
trump akan memulakan langkahnya yang pertama untuk mengusir pendatang tanpa
izin yang mempunyai rekod jenayah. Beliau juga dikabarkan akan membina tembok
besar di sepanjang sempadan amerika syarikat bagi mengekang kemasukan pendatang
asing ini!
Dan harus juga di ingatkan, Donald trump juga ada menyatakan rasa kurang senangnya terhadap beberapa golongan di amerika syarikat.
Pembaharuan
Washington.
Donald trump juga akan “mengalirkan” kewangan yang besar ke
dalam politik Washington. Beliau juga akan mengecilkan saiz kerajaan. Dalam erti
kata lain, mengurangkan pekerja kerajaan dan membekukan pengambilan pekerja
baru. *tetapi mengecualikan tentera, anggota keselamatan awam dan pekerja
kesihatan*.
Perdagangan.
Trump akan mengenakan 1 set dasar perlindungan untuk menutup
sempadan ekonomi Amerika. Dia juga akan segera mengumumkan niatnya untuk
"rundingan semula" perjanjian Perdagangan Bebas di antara Amerika
Utara dengan canada dan Mexico.
Donald trump juga akan membatalkan penyertaan dalam
Perkongsian Tran Pasifik *perjanjian perdagangan kontroversi dengan 12 buah
negara*.
Dasar luar.
Donald Trump juga telah berkata, sebagai presiden beliau
tidak boleh menjamin perlindungan kepada rakan-rakan negara-negara NATO yang
diserang *perang*. Tambah trump lagi, Amerika hanya akan membantu negara yang
telah menunaikan "tanggungjawab" mereka dalam persekutuan.
Trump juga telah mengancam untuk menarik balik tentera dari
Eropah dan Asia jika negara sekutu gagal membayar lebih untuk perlindungan daripada
Amerika.
Tenaga dan alam
sekitar.
Mr Trump juga merancang untuk membatalkan pembayaran berbilion-bilion
dolar kepada program perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau
akan mengunakan dana tersebut untuk membayar projek-projek infrastruktur di
Amerika Syarikat.
Yang sebenarnya, ini adalah beberapa langkah awal yang di
ketahui akan di lakukan oleh Donald trump sebaik sahaja bergelar president of the United States. Masih
terdapat banyak lagi usaha drastic yang akan dilakukan trump. Ramai yang berkata,
ekonomi dunia akan sangat terkesan dengan perlantikan new president ini. Apa
pun, pilihan sudah di buat. Tunggu dan lihat sahaja kesannya nanti.
Sumber : Telegraph.
Dahsyat juga perancangan dia tu..
BalasPadam