Uniknya tarikh hari ini.

Oktober 06, 2016
www.ceritaejoy.com

Uniknya tarikh hari ini | Ramai daripada kita suka dengan tarikh-tarikh istimewa ni. Tapi bukan aku. Sebabnya pada aku, semua tarikh tu sama. Hahaha. Nak suka tarikh yang istimewa macam mana kalau tarikh lahir sendiri pun kadang-kadang aku lupa. Belum tanya lagi tarikh lahir anak-anak aku. Rasanya ramai lagi orang lelaki yang macam ni. eh, yeker? Hahaha.

Oklah, tarikh hari ni. tarikh yang unik juga sama seperti tarikh-tarikh yang lain. Aku pun baru perasan sebab ada seorang rakan yang kongsikan mengenai hal ini. Bila tengok balik calendar, baru perasan keunikkannya tarikh hari ini. Tapi sebelum nak bercerita dengan lebih lanjut, jom kita tengok balik masa yang berlalu ni.

Sedar tak sedar dah masuk bulan oktober 2016 dah.  Apakah pencapaian terbaik yang berjaya korang capai? Kalau di tanya pada aku, kejayaan aku tidaklah sehebat mana. Aku masih lagi tercari-cari ilmu berkaitan adsense. Semuanya kerana usaha aku untuk mencapai status blogger sepenuh masa dengan pendapatan penuh dari blog.

Siapa yang tak mahu jana pendapatan online kan? Aku pasti ramai orang yang berkeinginan untuk jadi seperti ini. Kalau bercerita perkara gembira, alhamdulilah, buat pertama kalinya semalam, aku dapat klik dari Canada. Walaupun tak banyak, tapi ianya sudah pasti permulaan yang baik. Apa yang seronoknya dapat klik dari Canada ni?

Kalau di tanya pada mereka yang jana income dengan adsense ni, ianya sudah pasti sangat menyeronokan. Sebab apa? Sebab klik dari Canada ni mahal. Sama juga klik dari US. Sebab itulah, ramai pengguna adsense mencari keyword yang mampu menarik trafik dari Canada. Aku boleh dikatakan masih belum berjaya sepenuhnya. Oleh yang demikian, kenalah bekerja dengan lebih keras lagi kan?

Baiklah. Berbalik semula pada cerita Uniknya tarikh hari ini, cuba tengok calendar, berapa tarikh hari ini. Jawapannya adalah 6102016. Apa yang menariknya tarikh ni? Menariknya adalah, jika di baca dari depan dan belakang, ianya tetap sama, 2016. 6102 jika di baca dari belakang adalah 2016. Menarikkan? Mungkin tidak menarik bagi mereka yang tak minat no. hehehe.

Oklah. Itulah yang menariknya dan Uniknya tarikh hari ini. Sekadar perkongsian untuk semua.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.