Jumpa puluhan juta ringgit dalam almari.
Jumpa puluhan juta
ringgit dalam almari | Viral kisah pengarah
jabatan air sabah yang di tangkap kerana kes rasuah. Cerita ini jadi lebih
viral dengan penemuan puluhan juta
ringgit di dalam almari. Bayangkan wang-wang yang di ikat itu tak ubah
seperti kertas kosong. Terlalu banyak! Hinggakan tidak mampu difikirkan oleh
orang biasa sehinggalah kami melihat gambar-gambar yang tersebar di laman
sosial.
Bayangkan sebelum ni, kami Cuma melihat gambar-gambar wang
yang di ikat sebegitu banyak hanya berlaku di luar negara! Rupa-rupanya
malaysia pun ada kes macam ni? Baru kami rakyat bawahan tahu. Bayangkan, wang
tunai sebanyak RM52j tersimpan di celah-celah almari, rak tv, merata! Banyaknya
duit!!
Dan boleh kedengaran di mana-mana, kalaulah orang biasa
macam kami ni dapat sebuku wang tunai tu, dah rasa cukup bersyukur. Macam mana
lah perasaan mereka yang di tangkap tu? Berjuta-juta ringgit! Dan ada pula
mulut-mulut mereka yang mengata, dengan jumlah wang sebanyak itu, takut nanti,
mereka yang mengira wang tu, ambil sedikit belanja buat mereka. Bab itu aku
taknak komen.
Daripada berita yang aku baca, ceritanya, pengarah tersebut
banyak memberikan projek air kepada kerabatnya. Ada juga komen yang aku baca di
laman sosial, yang mengatakan negeri mereka sendiri kerap mengalami masalah
air. Adakah mungkin ianya ada kaitan dengan isu rasuah terbesar ini? Aku bukan
sesiapa yang sangat memahami isu ini, jadi aku tak boleh nak cerita banyak.
Cuma fokus aku adalah, wang tunai puluhan juta ringgit dalam almari tu. Bila tengok yang tertangkap
itu adalah pengarah jabatan air sabah, aku
mula terfikir, pengarah, tetapi ada wang puluhan juta ringgit. Bukan sikit,
banyak! Tak tahu macam mana mereka belanjakan wang tu. Bila dah terlalu banyak,
simpan sahajalah di mana-mana.
Tapi ikut kata pepatah, tupai pun jatuh ke tanah. Sama halnya
dengan kes ini lah. Akhirnya tertangkap. Aku tertarik dengan kata-kata seorang
rakan FB semalam. Katanya, beliau nak singgah kedai burger waktu balik kerja
pun fikir 2-3 kali. Sebabnya, wang ada yang harus di belanjakan dengan baik. Macam
mana pulak rasa mereka yang simpan wang
puluh juta dalam almari ni?
Byknyaaa duit phewww. Mcm mana la dorang blh songlap byk ni huhuhu
BalasPadamKan byk betul duit...zaman sekarang yg kaya btambah kaya
BalasPadam