Patahnya sebelah sayap tu apa?
Patahnya sebelah
sayap tu apa? | Semalam, sebelum tidur, aku belek-belek facebook aku. Aku
terbaca 1 status rakan aku. Aku tak ingat susunan ayat dia, tapi yang aku
ingat, nama amzar dengan alisha. Ayat dia lebih kurang macam gaduh adik
beradik. Kemudian, aku terbaca lagi status rakan lain. Juga menggunakan nama
yang sama. Mungkin kerana nama anak mereka sama. Tapi bila aku terbaca,
#patahnyasebelahsayap, itu memang pelik! Rupa-rupanya mereka cerita pasal drama
kat TV3? Patahnya sebelah sayap??
Adoi! Kenapalah aku boleh tertipu dengan status rakan-rakan
ni? Mati-mati aku percaya yang amzar dengan alisha tu anak korang. Adoi! Bercerita
dekat facebook beriya betul. Rupanya hanya lakonan drama TV3? Ish! Boleh tahan
jugaklah kan drama ni sebab mampu mempengaruhi perasaan penonton dia.
Aku? Aku memang jarang sangat tengok TV. Kadang balik rumah
dah jam 2200. Duduk-duduk kejap, mandi, makan, buat apa yang patut kemudian
tidur. Anak-anak aku pulak, dah memang ajar, jam 2200 semua masuk tidur. Jadi,
kadang-kadang tu, tv dekat rumah kami tak terbuka langsung. Jangan kata, tanpa
tv, kita tak tahu apa-apa pasal perkembangan dunia ya!
Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya internet ada di
mana-mana. Dengan handphone, semua perkara kita boleh tahu. Kira macam tak
perlu beli surat khabar dah. Baca je dekat handphone. Jadi, jangan pelik kalau
aku cakap, aku tak tahu apa tu Patahnya sebelah
sayap! Kalau sekali baca, ingat burung la tadi sebab ada sayap. Hahaha.
Dah alang-alang menulis ni, kita carilah sedikit cerita
mengenai drama terbaru TV3 ni. ahha! Ummi Nazeera! Aku suka dia! Aku suka
senyuman dia. Aku suka bahasa pertuturan dia. Wife! Saya Cuma minat dia sahaja
ya! hehehe. Bila tekan je Patahnya sebelah
sayap dekat google, terus nampak muka pelakon ni, sejuk hati abang tengok
muka ummi. Eh?
Owh! Aku ingat cerita pasal adik beradik, rupanya cerita
pencintaan? Amzar tu teman lelaki alisha? Owh! Baru tahu. Ala, cerita drama,
haruslah dengan kerjaya yang hebat kan? Ulps! Hehe. Ok! Sinopsis Patahnya sebelah sayap ni, secara
ringkasnya adalah:
“ Amzar dengan Alisha tu mulanya sepasang kekasih. Kemudian amzar
berjaya jadi peguam. Mereka seronok dan raikan kejayaan amzar. Waktu nak balik
tu, mereka terlanggar sesuatu. Amzar tipu alisha dengan katakan dia langgar
benda lain, tapi dia dah langgar orang. Cerita mereka masuk surat kabar dan
akhirnya alisha kena tangkap dan penjara 2 tahun. Amzar mula janji nak bantu,
tapi dia buat tak tahu je sampailah alisha keluar. Dan kemudiannya bermulalah
drama air mata, geram semua dari kaca tv ke laman sosial *ok, ini aku tambah* ”
Hi hi hi penuh emosi tengok Patahnya Sebelah Sayap lakonan Izzu Islam..
BalasPadamDrama ni the best antara drama-drama melayu lain hehehe. And cerita ni macam drama korea, Secret.
BalasPadamerrr tak tengok tv haha
BalasPadamtak! hahaha.. ikhlas cakap ni. anak-anak saya. kul 2200 saya dah ajar tidur. kemudian dunia saya dengan internet sahaja. baca surat kabar pun dekat internet. kalau balik rumah mertua. ha, itulah tgk tv. bila sesekali tengok tu, banyak tanya adik ipar. eh! cerita apa ni? hahahaha.
Padam