Food : Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng.
Sumber : Google
Cara mudah buat Jemput-jemput
ikan bilis goreng | Hahaha. Sesekali kita cerita pasal Resepi Dapur Orang
Bujang, apa salahnya kan? Tapi aku bukanlah orang bujang tau! Maksud resepi
orang bujang tu, resepi mudah masak. Orang bujang kan biasa masak
simple-simple. Asal dapat kenyangkan perut, dah cukup baik. Jadinya, fahamkan
dengan istilah resepi orang bujang tu. Orait! Kali ni, aku kongsikan cara mudah
nak buat Jemput-jemput ikan bilis goreng.
Resepi Jemput Ikan Bilis mudah!
Kenal jemput-jemput? Bukan jemput datang rumah ye. Ala, kuih
yang diperbuat daripada tepung gandum tu. Biasa orang buat waktu pagi dengan
petang. Kena pula ada sambal dengan air teh! Memang cukup rasalah orang kata! Lagi
pulak, nak buat Jemput-jemput ikan bilis
goreng ni tersangatlah mudah. Semudah ABC. Tak mustahil lah kenapa resepi
ni selalu jadi pilihan.
Perkara pertama sebelum nak buat Jemput-jemput ikan bilis goreng ni kenalah sediakan bahan-bahan dia
dulu. Ok. Jom tengok apa yang perlu ada:
Tepung secukup rasa
Sebiji telur
Sepeket rencah nasi goreng
Secawan air panas
Secawan air sejuk
Ikan bilis goreng
Ahha! Nampak tak bahan-bahan dia? Mudah kan? Bila dah
siapkan semua bahan-bahan ni, Langkah seterusnya untuk buat Jemput-jemput ikan bilis goreng ni
adalah campur semua dah goreng. Siap! Eh! Bukan-bukan. hehehe. Ini yang korang
perlu buat.
Cara mudah buat Jemput-jemput ikan bilis goreng
Campurkan telur, tepung, perencah, air panas dan air sejuk.
Pastikan adunan tidak terlampau pekat, jika pekat sila tambah air sejuk.
Masukkan ikan bilik dan gaulkan dengan rata. Gorengkan ke dalam minyak yang
panas dengan cara menggunakan sudu atau tangan dalam bentuk jemput-jemput.
wahhh menarik nie. selalu guna resipi sama cuma takdak letak perencah je. lain kali nak cuba guna perencah pulak. terima kasih atas resipi nie XD
BalasPadamokay macam best je tuk try
BalasPadam