Kelebihan tersembunyi Agent Insurance.
Kelebihan tersembunyi Agent Insurance | Yang sebenarnya, ini bukanlah ajakan pertama daripada rakan-rakan. Sebelum ni pun ada yang ajak aku join jadi agent insurance, tetapi aku tolak. Kenapa? Sebabnya aku sendiri pun tak ada insurance nyawa, macam mana aku nak yakinkan orang untuk beli insurance. Betul tak? Aku bukanlah dalam jenis kelompok manusia, yang dia sendiri tak buat, tetapi ajak orang buat. Ha, faham tak dekat situ?
Kalau tak faham, aku cuba jelaskan kasi faham ya. Contohnya
macam ni, korang nak belajar main saham *stocks*, tapi korang belajar dan ambil
nasihat dengan orang yang tak pernah main saham. Ataupun dengan orang yang baru
belajar main saham. Agak-agak berjaya tak? sudah tentu tidak kan? Kalau korang
nak berjaya main saham, korang kena lah belajar dengan orang yang sememangnya
dah pun berjaya main saham.
Sama halnya dengan jadi Agent Insurance ni. Korang beritahu
pada orang, betapa pentingnya insurance nyawa pada diri dan keluarga. Korang ceritakan
semua kebaikan yang ada mengenai insurance. Tetapi korang sendiri tak ada
insurance nyawa. Korang rasa, client nak percaya ke dengan korang? Dah tentu
tidak kan? Silap-silap korang yang kena balik!
Tapi, tak aku nafikan, kerjaya sebagai Agent Insurance ini sememangnya menjanjikan pendapatan yang
lumayan. Beberapa rakan aku sudah berjaya dalam bidang insurance. Boleh dikatakan,
mereka kini sudahpun berada dalam kehidupan selesa! Bebas kewangan. Bebas dari
kekangan masa kerja. Punyai masa yang sangat banyak untuk bersama keluarga
tercinta. Alhamdulilah.
Aku dah tahu mengenai hal itu, dan kenapa aku masih dengan
kerjaya yang sama? Jawapan aku cukup mudah! Aku tak suka menipu untuk berjaya! Walaupun
ramai yang cakap, zaman sekarang, kalau tak menipu tak akan berjaya. Kita mungkin
berbeza pendapat, tapi aku punya cara aku sendiri. Aku sedar pentingnya
insurance pada diri dan keluarga, namun, aku punya sebab aku tersendiri.
Alang-alang dah bercerita pasal kerjaya sebagai agent
insurance ni, meh aku kongsikan beberapa pendapat peribadi aku mengenai
kelebihan menjadi agent insurance. Tak kisahlah mana-mana syarikat pun ya.
Kelebihan tersembunyi Agent Insurance
1) Berani bercakap
dengan khalayak ramai.
Bukan semua orang berani nak approach orang yang kita tidak
kenal. Korang ingat senang ke? Kita nak ajak orang beli insurance dengan kita.
Muka kena tebal, kena buang sifat malu bila di tolak. Kena berani & yakin
untuk bercakap dengan orang. Bukan semua orang ada kelebihan ini. Namun ianya
boleh di latih jika korang jadi agent insurance.
Mana ada agent insurance duduk rumah je cari client kan? Jadinya,
kalau korang nak jadi jurujual yang baik, korang jadilah agent insurance.
2) Bijak menyelesaikan
masalah.
Kenapa? Kadang-kadang agent insurance akan berhadapan dengan
soalan tak masuk akal daripada prospek mereka. Dan korang ingat senang ke nak
jawab soalan-soalan macam tu. Dan sinilah, mereka akan dilatih untuk bijak
menyelesaikan masalah. Ini adalah pelajaran semulajadi!
Kalau jawab salah dan mengarut, memang tak ada potensi lah
nak ubah seseorang tu jadi client. Jadi agent insurance kena bijak. Mungkin pengalaman
pertama akan mengajar mereka jadi lebih hebat dalam usaha lain mencari prospek.
Bila dah banyak pengalaman, kata-kata yang keluar dari mulut mereka, akan
menjadi kata-kata emas!
3) Kemas & segak!
Pernah nampak agent insurance berpakaian selekeh? Kalau aku
jumpa dengan agent macam ni, aku sendiri pun tak yakin nak amik insurance
dengan dia. Jadinya, kerjaya ini melatih anda untuk sentiasa kemas & segak!
Bila pakaian kemas & segak, keyakinan diri akan datang dengan sendirinya!
Bukanlah kata kena pakai baju kot sepanjang masa. Pakai tshirt
kolar, tuck in, kemudian pakai kasut, itu dah kira kemas. Kalau pakai seluar
pendek dengan selipar, nasihat aku, elak-elak kan lah ye!
4) Professional.
Dari segi apa? Dari segi perbualan. Kalau sebelum ni, kita
main bahasakan orang-orang lain, “bro” atau “sis”, tapi bila jadi agent
insurance, ianya akan menjadi lebih formal. Selalu ingat, bahasa yang kita
gunakan mencerminkan siapa diri kita.
1 lagi nasihat aku, jangan jadi plastic. Maksudnya, bila
jadi agent insurance, seindah bahasa, tapi bila kat luar, pemusnah bahasa! Dalam
agama islam sendiri mengajar kita sentiasa menuturkan kata-kata yang elok. Oleh
yang demikian, tidak ada salahnya, kalau kita bawak diri kita ketika menjadi
agent itu ke dalam dunia sebenar. Kan?
5) Ramai kawan.
Aku suka part ini. Percaya atau tidak kalau aku cakap, agent
insurance ni ramai kawan. Silap-silap seluruh negara ada kawan dia. Mereka yang
bekerja dengan niat untuk membantu orang, pasti akan dapat income dan rakan.
Manakala mereka yang cari prospek hanya untuk kejar income bulanan, maka mereka
hanya dapat duit semata-mata. Nampak tak perbezaan dekat situ.
Kalau niat korang jadi agent insurance adalah untuk
menyedarkan orang sekeliling dan membantu mereka, maka korang akan dapat rakan,
ilmu dan pendapatan itu akan datang dengan sendirinya. Ingat tu. Benda mudah
tapi tak semua orang boleh buat.
6) Tahu perkembangan
semasa.
Agak-agak lah kan, macam mana nak jual insurance kalau
seseorang agent tu tak tahu perkembangan semasa. Contoh! Contoh ya aku beri,
taraf hidup semakin meningkat. Harga barangan juga meningkat. Impak daripada
semua itu, harga bayaran bulanan insurance juga bakal meningkat.
Di dalam usaha mencari prospek, agent insurance akan dengan
sendirinya mengambil tahu perkembangan semasa. Aku beri contoh lagi, contoh ya!
Cukai bakal dinaikkan tidak lama lagi, dan ini akan memberi kesan yang sangat besar kepada kos perubatan.
Agent insurance akan menggunakan ayat lebih kurang macam ni,
Tuan/puan, dengan kesan ekonomi sekarang, tidak mustahil segala harga keperluan
akan meningkat termasuklah bil-bil hospital. Semakin lama masa yang tuan/puan
ambil, semakin banyak yang perlu dikeluarkan untuk melindungi diri tuan/puan.
Oleh yang demikian, adalah suatu kerugian jika tuan/puan
tidak mengambil polisi ini sekarang! Ahha! Nampak tak? Tapi itu ayat aku, aku
bukanlah agent insurance, mungkin mereka yang jual insurance ada ayat yang lagi
hebat. Hehehe.
7) Pendengar yang baik!
Ingat senang ke nak jadi pendengar yang baik? Tak semua
orang mampu. Percayalah. Dan kalau korang nak jadi pendengar yang baik, jadilah
agent insurance! Hahahaha. Kenapa? Sebabnya mudah, agent insurance perlu tahu
masalah sebenar prospek. Kenapa mereka perlu tahu? Kerana disitulah kunci
bagaimana seseorang agent insurance tu menukar daripada prospek menjadi client.
Hahaha! Aku dah tau dah rahsia tu!
Mereka akan mendengar secara terperinci. Dan itu mengajar
seseorang agent insurance itu menjadi seorang pendengar yang baik. Dan bila
mereka sudah terbiasa, sudah semestinya mereka akan bawa perkara ini di dalam
kehidupan seharian mereka.
8) Dekat dengan yang
maha esa!
Dan akhir sekali, ini yang aku nampak pada diri seorang
agent insurance. Kehidupan di dunia bukanlah selama-lamanya. Apa kaitannya
dengan agent insurance? Ada kaitannya, mereka jual insurance nyawa, sudah pasti
ada masanya, mereka akan menguruskan client mereka yang kemalangan atau mungkin
lebih teruk lagi meninggal dunia.
Dari situ, mereka akan melihat reality kehidupan dunia. Mereka
akan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Bukanlah aku kata, mereka
yang bukan agent insurance tak boleh jadi macam tu. Boleh, Cuma ceritaejoy kali
ini kan cerita pasal agent insurance. Jadi, aku ceritalah pasal mereka. ok?
Baiklah! Entry Kelebihan tersembunyi Agent Insurance ini adalah di antara entry terpanjang
yang aku tulis sendiri dekat blog ceritaejoy. Aku pasti korang pun puas hati
dan faham dengan kerjaya sebagai agent insurance ni. Apa pun sebenarnya, kalau
kita buat dengan niat nak bantu orang, kewangan itu pasti akan datang dengan
sendirinya. Bagi yang faham, fahamlah ye, bagi yang kurang faham, korang
carilah sendiri apa yang aku nak sampaikan tu. Hehehe.
Salam....Singgah pagi jumaat...
BalasPadamkalau ciri² tu,muka nieyl mmg xde gaya lgsg nak jadi agen insurans..hihi..
tak apalah,jadi akauntan rumahtangga pun lumayan jugak gaji nya..hihihi