Cara paling mudah nak masak nasi

Oktober 19, 2016
Cara paling mudah nak masak nasi

Cara paling mudah nak masak nasi | Bukan semua orang tahu masak nasi termasuklah aku! Eh! Sebelum ni aku tahu masak nasi tau! Waktu duduk rumah bujang dulu, akulah tukang masak nasi. Tah kenapa, bila dah berumah tangga ni, ada orang tersayang yang masakkan, aku jadi lupa! Lupa macam mana cara nak masak nasi! Yang sebenarnya *ikut pada pengalaman la*, nak masak nasi ni senang je, tapi kenapa masih ramai yang tak tahu masak nasi? Ahha! Jom kita belajar sama-sama Cara paling mudah nak masak nasi!

Nasi ni memang makanan ruji penduduk malaysia. Kalau siapa yang tak tahu apa tu makanan ruji, dia macam makanan utama. So, bila sebut apa ye makanan ruji penduduk malaysia? Jawapannya tentulah nasi. Ok? Setiap negara ada makanan rujinya, kalau kat Canada sana, Canada staple food adalah Sauteed fiddleheads, canadian bacon with maple glaze, sweet corn pancakes, Nanaimo Bars. Ahha! banyak dan 1 pun aku tak tahu, lagikan nak makan kan *yang halal la*? hahahahaha.

Oklah, berbalik semula pada tajuk utama berita ceritaejoy tadi, Cara paling mudah nak masak nasi. Bahan paling utama yang perlu korang ada adalah beras! Ha! Itu je. Nak masak nasi, beras takda, memang tak jadi apa la. Jadi sebelum nak masak nasi, pastikan ada beras. Ok? Tak kisah la jenis beras yang macam mana. Ada orang suka makan beras wangi. Ada orang suka makan beras basmati. Nak guna beras biasa pun takpa. Asalkan nama dia beras, bukan gandum. Ok?

2. Selepas dah ada beras, masukkan dalam periuk nasi. Kemudian basuh beras tersebut. Cara nak bersihkan, masukkan air dalam periuk nasi tu, kemudian masukkan tangan dan bersihkan beras. Buat 2 hingga 3 kali ya. Tapi jangan lebih daripada tu ya? Sebab takut nutrisi dalam beras tu hilang.

3. Keringkan air basuhan tadi. Tak perlulah sampai kering air, cukup sekadar buang air basuhan beras tadi. Bila air dah takda dalam periuk nasi tu, letakkan ada dapur. Terpulanglah, ada yang masak nasi guna dapur gas, ada yang masak guna dapur arang, nak senang, guna periuk nasi elektrik. Ha.

4. Langkah seterusnya adalah, masukkan air bersih. Ini yang selalu orang tak tahu. Bab masukkan beras dengan bersih, semua orang tahu. Tapi bab masukkan air ni yang fail ni. Caranya pun cukup mudah sebenarnya. Masukkan air hingga 1 setengah ruas di atas permukaan beras.

Atau boleh guna cara ni. Ukur ketinggian nasi dengan jari anda. kemudian masukkan air sama tinggi dengan ketingian nasi tu. Ha, faham tak? Katakan ketinggian nasi adalah 1 ruas jari, maknanya air pun 1 ruas jari jugak.

5. Dah siap, masakkan nasi dengan api sederhana. Jangan guna api besar ya! Guna api sederhana. Takut hangit je nanti. Tutup periuk nasi dan kerap periksa nasi. Bila dah nampak macam dah nak masak, gaulkan nasi tersebut. Ini untuk pastikan semua nasi masak dengan sempurna.

Taraa! Bila dah siap, bolehlah dihidangkan. Amacam? Senang tak Cara paling mudah nak masak nasi ni? hehehe. Walaupun senang, percayalah, tak ramai yang nak masak nasi. Sebab katanya leceh! Apa pun, bagi mereka yang nak belajar masak nasi, bolehlah cuba cara-cara yang aku kongsikan dekat atas ya! 

2 ulasan:

  1. HE HE HE SENANG JER NAK MASAK NASI KALAU GUNA PERIUK ELEKTRIK, YANG SUKA KALAU GUNA DAPUR API KENE BERJAGA TAKUT HANGIT NASI TU... BAGUS INFO NIH..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.