Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina?

Oktober 27, 2016
Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina

Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina? | Adoi! Macam-macam hal sekarang ni ya! Mungkin kerana penggunaan Media sosial yang semakin luas menyebabkan kita boleh tahu segenap cerita dalam negara walaupun perkara tu tak masuk berita tv pun. Baru sekejap ni aku baca mengenai seorang murid sekolah rendah yang Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina. Turut berada bersama murid tersebut adalah beg sekolah dan botol air.

Kita yang tengok gambar murid tu, mestilah rasa marah kan? Besar jugak rantai yang digunakan. Kesian pula tengok anak kecil tu berdiri je dekat situ. Kalau cuaca panas macam mana? Mujurlah orang awam bertindak dengan menelefon pihak berkuasa dan pihak berkuasa jugalah yang “melepaskan” murid tersebut.

Orang mesti cakap, taknak pergi kelas bahasa cina je pun. Tak kan sampai rantai kaki macam tu. Kesian budak tu, mesti lapar dengan penat. Belum cerita pasal malu lagi. Kan? Tapi mungkin disebabkan sudah tidak tahan dengan perangai anaknya, itu yang ibu dia buat macam tu. Mungkin juga ianya sebagai pengajaran pada anak dia.

Tapi kesilapan ibu dia adalah rantai kaki anak dia. Dan cerita mengenai Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina ni dah tersebar dalam media sosial. Apa-apa pun, ianya tetap menjadi kesalahan. Dan ibu dia pun dah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Apa yang aku fikir sekarang adalah, nasib anak dia selepas ini. Yelah, takut juga ibu dia akan buat benda yang lebih teruk lagi kan? Kalau tak ada apa-apa, takpalah kan?

Kadang tu, bukan nak cakap apa la, kita ni sebagai ibubapa, kadang tu datang perasaan tension juga. Macam wife aku, aku faham kadang dia tertekan sebab anak-anak taknak dengar cakap dia dalam kes-kes tertentu. Sebab tu aku tak marah kalau dia buat apa-apa dengan anak aku. Contoh, dia taknak dengar cakap, wife aku tutup semua lampu dalam rumah sampai hilang suara anak aku menangis.

Lepas tu, kalau cakap apa-apa mesti dia akan dengar. Tapi itulah, budak-budak kan. Mereka ni nak membesar, memang macam-macam ragam. Kita ni, waktu kecil dulu, bukannya tak nakal. Silap-silap, apa yang anak kita buat sekarang adalah apa yang kita pernah buat waktu kecil dulu. Betul tak? ala, mengaku jelah kan.

Tapi dalam kes Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina ni memang jadi kes besar la. Sebab ada bukti yang boleh digunakan untuk dakwa ibubapa. Adoi! Kadang, orang suka bandingkan, zaman dulu, lagi teruk ibubapa ajar anak dia, kan? Tapi itulah, macam yang aku ada cakapkan tadi, zaman sekarang ni zaman online. Semua benda orang akan share dalam laman sosial dan ianya akan cepat tersebar.

Jadi berhati-hatilah ibubapa semua. Memang niat kita nak mengajar anak kita. Tapi melihatlah pada keadaan sekeliling. Takut nanti orang sekeliling akan gunakan setiap yang ada, yang membolehkan kita di dakwa atas alasan mendera anak-anak. Kadang mereka ni tak paham, kita bukan sampai nak membunuh! Sebab mereka waris kita! Cuma kita nak mengajar.

5 ulasan:

  1. yup ada kalanya tension juga dengan perangai anak2 yang menguji kesabaran yang ada.. kekadang buat apapun tak makan saman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tak makan saman tu yang kadang-kadang buat kita naik hantu tu. hahaha

      Padam
  2. Ishh takkan la sampai tahap camtu ,, tengok uniform ni bukan budak melayu kan,,, agak2 la nak ajar anak pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada gambar dekat dia, tapi tak sampai hati nak letak dalam blog. ha, bukan orang kita..

      Padam
  3. Ade tengok kat berita semalam.. Kot ye pon nak ajaq anak janganlah sampai camtu :/

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.