Akhirnya harga baru minyak masak di umumkan.

Oktober 27, 2016
harga baru minyak masak

Akhirnya harga baru minyak masak di umumkan | Sekarang ni memang tengah kecoh pasal bekalan minyak masak yang semakin berkurang. Ada aku ceritakan dalam cerita *Minyak masak habis atau ada agenda lain* .Selain daripada isu 1 keluarga hanya dilimitkan untuk beli 2 paket sahaja minyak masak. Apa yang lebih menghairankan adalah, kenapa tiba-tiba je stok minyak masak boleh habis? Tiada ribut, tiada angina, tahu-tahu kedai-kedai runcit dan pasaraya kekurangan stok minyak masak.

Bila timbul isu macam ni, mulalah kita rakyat malaysia fikir, ini mesti nak naikkan lagi harga minyak ni. yelah, kalau tidak, tak kan lah tiba-tiba stok minyak masak habis. Betul tak? Lama jugalah isu ni diperkatakan. Semua jadi tertanya-tanya dan semuanya pasti, di pengakhirannya, pasti harga minyak masak terbaru akan di umumkan.

Hari ini, aku terbaca perkongsian seorang rakan blogger yang bercerita mengenai harga terbaru minyak masak! Ahha! Akhirnya! Setelah menjadi tanya tanya, kini kita semua dah terima jawapannya! Harga minyak masak terbaru telah diumumkan.

harga baru minyak masak

Semakin hari semakin banyak peningkatan harga barang. Mungkin juga ini salah satu perkara yang membuatkan ramai rakyat tertekan. Manakan tidak, rasanya, peningkatan kewangan masih belum sama dengan peningkatan taraf hidup. Gaji naik kecil je setahun, tetapi harga barang naik mendadak! Dan ianya perlu pada setiap masa!

Apa pun, janganlah sampai berbuat perkara yang diluar pemikiran manusia normal. Benar! Kehidupan kini semakin menekan kita, tetapi cubalah cari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Tinggal kita sahaja perlu berusaha. insyaAllah, semoga yang maha esa sentiasa membantu kita. amin.

4 ulasan:

  1. Betul tu....
    Naik atau turun..
    Kita masih perlu teruskan kehidupan kita...
    Dan kita sememangnya perlu beli barang keperluan harian untuk teruskan kehidupan kita seisi keluarga. Dari sudut positifnya, kurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian kita...hihihi...untuk lebih sihat :)

    BalasPadam
  2. mesti banyak harga barang lain pun naik.. huhu

    BalasPadam
  3. minyak masak naik sikit, roti canai mamak mesti naik banyak.. sbb banyak pakai minyak masak.. hahaha...

    "Tiada ribut, tiada angina," nmpak macam typo, tapi bukan typo sbb maksud x lari.. sbb angina tu sejenis serangan sakit jantung. so, bro nk kata, x dak ribut, x dak sakit jantung, terus harga naik.. macam tu ke? hahaha

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.