Senarai URL Facebook Blogger Malaysia.

September 01, 2016
www.ceritaejoy.com

Senarai URL Facebook Blogger Malaysia | Sejak kebelakangan ni, aku memang mencari dan tambah rakan dari kalangan blogger di facebook ceritaejoy. Tujuan nya Cuma satu, mengeratkan lagi hubungan sesame rakan blogger. Selain daripada info-info dan maklumat yang boleh kita dapat melalui perkongsian rakan blogger yang lain. Fokus aku buat masa ini hanyalah daripada kalangan blogger malaysia. Namun tidak menolak jika ada rakan-rakan blogger dari Indonesia, singapura, brunei mahupun mana-mana negara sekalipun.

Kita adalah dengan siapa yang kita kawan.

Pernah dengar pasal benda ni, kita adalah dengan siapa yang kita kawan? Maksudnya adalah, peribadi kita sendiri. Kalau kita nak berjaya sebagai ahli perniagaan, kawan-kawan disekeliling kita mestilah daripada kalangan mereka yang sudah berjaya di dalam perniagaan. Sama halnya juga jika diri sebagai doctor. Ramai di kalangan sahabat mereka adalah doctor.

Dan dalam cerita aku, aku ingin menjadi seorang blogger sepenuh masa yang berjaya! Jadinya, aku harus meramaikan rakan-rakan dari kalangan blogger yang sememangnya sudah lama dan berjaya menjadi seorang blogger yang hebat! Oleh yang demikian, tambahan rakan dari kalangan blogger di dalam facebook sedang giat dijalankan!

Banyak perkara positif yang boleh kita dapat daripada perkara ini. Selain daripada dapat berkenalan dengan rakan baru, kita juga dapat belajar banyak perkara mengenai blog daripada mereka yang sudah berpengalaman luas dalam dunia blogging ini. Ilmu yang hanya ada pada mereka dan tidak ada pada mana-mana buku.

Yang lebih menarik nya lagi adalah, “peluang” buat duit online daripada perkongsian rakan-rakan blogger yang lain. Aku suka part bila mana, ada rakan-rakan blogger yang “tag” nama kita bila ada sesuatu tawaran dalam bentuk penulisan di blog. Tidaklah terlalu berharap mengenai hal itu, Cuma bukankah ianya suatu yang menarik? Rezeki yang dikongsikan bersama rakan-rakan lain.

Masih terasa hati.

Cuma ada 1 perkara yang buatkan aku terasa hati untuk sekian lamanya. Bukanlah kata berdendam, Cuma terasa hati. Biasalah dalam hubungan sesama manusia, pasti ada yang terasa hati. Dalam pada giat aku mencari rakan-rakan blogger malaysia, ada seorang blogger yang pastinya aku sengaja terlepas pandang.

Bukan apa, kerana perkara lepas yang masih segar dalam minda aku. Manusia tidak sama. Ada yang masa mereka hanya untuk bersama rakan-rakan. Ada yang memperuntukkan segala masa yang mereka ada hanya untuk kembangkan apa yang mereka cipta. Namun, ada manusia yang perlu membahagikan masa mereka kepada banyak perkara. Itu yang pasti, ramai orang tak tahu.

Blogging bukanlah perkara yang lebih penting daripada kehidupan dan keluarga. Ia hanyalah perkara sampingan. Kalau pun blogging itu memberikan pendapatan untuk menyara keluarga, ia masih berada di tempat kedua berbanding keluarga dan anak-anak. Oleh yang demikian, itu yang perlu semua orang tahu. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab Nya masih ada orang yang tak tahu.

Senarai URL Facebook rakan-rakan blogger.


Oleh yang demikian, kalau boleh, nak minta url facebook rakan-rakan blogger malaysia, blogger Indonesia, blogger singapura & blogger brunei untuk aku tambah rakan di facebook ceritaejoy. Itupun jika ada yang sudi berkawan. Bukan mencari musuh Cuma mahu bertukar pendapat dan ilmu mengenai blog. Semoga hubungan sesama blogger menjadi lebih erat dan berkekalan. insyaAllah, amin.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.