Pengaruhi pemikiran manusia dengan kata-kata.

www.ceritaejoy.com

Pengaruhi pemikiran manusia dengan kata-kata | Pernah jumpa dengan mereka atau ada di kalangan rakan-rakan kita, yang apabila mereka bercakap, setiap daripada percakapan mereka mampu mempengaruhi perbuatan kita? Biasanya mereka yang suka tikam belakang ada kelebihan ini. Kenapa? Kerana walaupun perkara yang mereka cakap itu tidak betul, tapi mampu mempengaruhi perbuatan manusia yang mendengarnya.

Aku pernah berjumpa dengan manusia semacam ini. Macam ada 1 magnet pada diri mereka. Apa sahaja yang mereka cakap, kita mesti mengiyakan. Ada juga daripada kalangan usahawan. Bila mereka jual produk, kata-kata yang keluar daripada mulut mereka umpama emas! Hingga kan kita terpengaruh untuk membeli.

Bakat semulajadi atau boleh dipelajari?


Aku kadang-kadang, tertanya-tanya juga. Adakah ianya bakat semulajadi seseorang? Hinggakan mereka mampu mempengaruhi minda dan perbuatan orang lain. Atau ianya sesuatu yang boleh dipelajari dan di asah. Dalam kata lainnya, sesiapa pun boleh jadi macam tu.

Aku pernah baca sebuah buku *lupa tajuk buku tu*, yang di dalamnya ada perkongsian perkataan-perkataan yang mampu mempengaruhi minda dan perbuatan manusia lain. Ini adalah kerana, minda manusia lebih tertarik dengan perkataan-perkataan tersebut. Aku lupa ke semua perkataan tersebut dan Cuma ingat beberapa perkara sahaja.

Jika benar, ini bermakna, ianya boleh dipelajari dan bukannya bakat semata-mata. Sesiapa pun mampu mempengaruhi orang lain dengan kata-kata, asalkan dia pandai menggunakan perkataan-perkataan yang mampu merangsang minda manusia untuk berkata Ya! Dan langsung tidak mampu untuk berkata tidak!

Kata-kata agent insurance yang mampu menukar prospect kepada client.


Aku lebih suka bercerita mengenai insurance pulak kebelakangan ni. Mungkin kerana ianya termasuk dalam 40 High Paying Keywords terbaik untuk Adsense. Tapi masih lagi punya kaitan dengan cerita Pengaruhi pemikiran manusia dengan kata-kata ni ya!

Sesuatu yang menarik bila aku dapat tahu, hampir kesemua agent insurance akan menggunakan perkataan yang sama apabila mereka dalam usaha menukar prospect kepada client. Kata-kata yang pernah mempengaruhi diri aku sendiri suatu masa lalu. Apakah perkataan tersebut?
Perkataan itu adalah “kalau”. Ya! kalau!

Agent insurance banyak bermain dengan perkataan kalau. Kalaulah berlaku sesuatu yang tidak diingini, insurance akan membantu tuan/puan. Atau, kalau berlaku kematian, insurance akan mengurangkan beban ahli keluarga tuan/puan. Atau yang lebih popular, kalau tuan/puan tiada insurance, tuan/puan akan berhadapan dengan kos hospital yang tinggi. Dan terpaksa berhadapan dengan kesesakan yang teruk di hospital biasa.

Hanya dengan perkataan “kalau” tersebut, seorang agent insurance mampu menukarkan prospek kepada client.

Ilmu yang hebat di dalam sesuatu bidang!


Aku lebih suka pada mereka yang punya ilmu yang hebat di dalam sesuatu bidang. Contohnya mereka yang berjaya di dalam pelaburan emas. Kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mampu menukar seseorang menjadi pelabur emas. Ini adalah kerana, mereka bercakap mengenai pengalaman dan juga ilmu yang mereka ada. Oleh yang demikian, setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mampu mempengaruhi perbuatan orang lain.

Sama halnya dengan ahli perniagaan. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka umpama emas! Dan kesemua daripada mereka belajar menggunakan perkataan yang betul bila bercakap dengan pelanggan mereka.

Pendek kata, mereka yang mampu mempengaruhi orang lain dengan kata-kata mereka, bukanlah bakat semulajadi semata-mata. Sebaliknya ianya adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan di asah bakatnya. Asalkan ada kemahuan dalam diri seseorang tu. Apakah kepentingan perkara ini pada seseorang tu? Penting! Jika beliau seorang ahli perniagaan, agent insurance atau sesiapa sahaja! Kerana kita tahu, apa yang diri kita mahukan. Kan?

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.