Mimpi Gigi geraham sebelah kanan atas tercabut dan berdarah!

September 27, 2016
www.ceritaejoy.com

Mimpi Gigi geraham sebelah kanan atas tercabut dan berdarah! | Aku paling takut bila aku dapat mimpi macam ni. Biasanya, kalau mengikut dalam tafsir mimpi melibatkan gigi ni, akan berlaku suatu yang melibatkan kematian! Wallahu a’lam. Tak tahu samada nak percaya atau tidak. Sebabnya, mimpi ni mainan tidur. Namun, ada juga mimpi yang membawa maksud tertentu.

Contohnya, kalau mimpi ular, kata orang ianya melibatkan sihir. Atau mungkin mimpi kanak-kanak kecil. Kalau kita cari tafsir mimpi, juga melibatkan sihir. Sama halnya dengan mimpi jatuh dari tempat tinggi. Seingat aku, seumur hidup aku, aku pernah sekali mimpi terjatuh dari tempat tinggi. Impak daripada mimpi tu, posisi ketika aku terjaga dari tidur sama seperti aku terjatuh tu. Kedua-dua tangan dan kaki ke atas!


Tapi, mimpi gigi patah ni boleh dikatakan kerap juga. Cuma malam tadi agak pelik sikit. Aku sekarang ni, memang sedang mengalami sakit gigi geraham bongsu! Memang kadang-kadang, waktu tidur pun boleh terjaga sebab berdenyut-denyut kan! Tapi semalam, aku mimpi gigi tu tercabut. Aku pegang gigi tu sambil tunjuk pada kawan aku.

Dan! Aku rasa macam ada lagi serpihan gigi yang tercabut, yang masih berada dalam mulut aku. Juga! darah yang mengalir! Yang sebenarnya, aku dah sedia maklum dengan tafsir mimpi gigi patah/tercabut ni. Tanya pada mana-mana orang pun, semua akan cakap benda yang sama. Bila aku fikir-fikir balik, memang rasa takut! Aku berharap sangat agar ianya Cuma sekadar mimpi!


Aku paling takut kehilangan orang-orang tersayang! Mana-mana orang pun punya perasaan yang sama. Apa yang aku harapkan, ianya sekadar mimpi. Mainan tidur. Tidak membawa atau memberi tahu akan alamat yang bakal tiba. Hmm, sewaktu menaip ni pun gigi geraham bongsu aku masih berdenyut-denyut.

Atau mungkin itu adalah pertanda supaya aku cepat-cepat cabut gigi geraham ni? Yelah, daripada terus-terusan menahan sakit, lebih baik cabut je. Sakit yang di alami mungkin seminggu sahaja kemudian terus baik. Daripada aku terus-terusan tahan sakit ni. Betul tak? hmm, mungkin itu yang ingin disampaikan dalam Mimpi Gigi geraham sebelah kanan atas tercabut dan berdarah!

1 ulasan:

  1. Kaklong selalu mimpi baby tau..
    Ibu cakap tu benda tak elok..
    Risau, tapi takde apa2 pun berlaku kecuali belom dapat baby lagi walau dah 4 tahun kawen.. T__T

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.