Perlu ambil insurance kebakaran untuk rumah?
Perlu ambil insurance kebakaran untuk rumah? | Aku baru terima surat dari bank merah. Yang sebenarnya, banyak kali juga aku dapat surat. Biasa Lah macam-macam update. Biasanya aku simpan je semua surat tu. Tapi kali ni aku baca berulang kali. Surat yang meminta aku membayar insurance rumah jika berlaku kebakaran. Bila sebut aku perlu bayar, aku akan baca berulang kali sebab ada perkataan perlu tu.
Memang benar, dalam dunia serba maju sekarang ni, dengan
taraf hidup yang semakin meningkat, segala perkara memerlukan wang. Dan tidak
semua orang mempunyai simpanan wang yang banyak. Dan masalah ini boleh
diselesaikan dengan insurance! Termasuklah dalam kes rumah ni. Tapi bila dia
sebut, aku kena bayar insurance rumah untuk kes kebakaran ni, aku macam sikit
tersentap.
Yang aku tahu, sewaktu kita beli rumah dulu, memang kena
ambil insurance. Aku ingatkan insurance tu cover semua, tapi bila dapat surat
yang kata kena ambil insurance melibatkan kebakaran ni, aku jadi cam pelik
sedikit. Ohh! Rupanya insurance yang kita ambil awal dulu, tak cover bahagian
kebakaran ke? Dia cover rumah runtuh agaknya. Dan jika berlaku kematian pada
salah seorang penama rumah. kan?
Yang sebenarnya, aku masih kurang jelas dengan insurance
untuk cover kes kebakaran rumah ni. Jika kita bayar, ini bermakna insurance itu
hanya cover bahagian kebakaran sahaja kah? Bagaimana dengan perkara lain? Jika
hanya cover kebakaran, ini bermakna kena ada 2 insurance la kan? Ke macam mana?
Ada sesiapa yang jelas tentang perkara ini? Atau ada pembaca blog ceritaejoy
dari kalangan agent insurance?
hmm..yela...btl juga tuh...
BalasPadaminsurans rumah ya...
nak try tanya kawan² yg keje bank nanti la tentang insurans rumah nie...
ha, kemudian kongsi dengan saya boleh? nak tahu juga rumah ni perlukan insurance yang macam mana. yer..
Padam