Apakah aku mampu berlaku adil dengan mereka?
Apakah aku mampu
berlaku adil dengan mereka? | Secara terus terang nya, aku hanya merancang
untuk memiliki 2 orang anak sahaja. Dan kalau boleh, biarlah sepasang. Dan alhamdulillah,
doa aku dimakbulkan oleh nya. Aku kini memiliki 2 orang anak. Anak sulung lelaki
yang kuat dan hebat! Dan anak kedua, perempuan, cantik! Tetapi sangat lasak! Alhamdulilah.
Rezeki yang tidak terhingga darinya. Ini adalah perancangan aku, namun,
sebaik-baik rancangan manusia, ada yang lebih baik daripada itu.
Kini, aku dikurniakan seorang lagi zuriat! Ini bermakna,
anak ketiga! Sesuatu yang tidak berada di dalam perancangan aku dan isteri. Aku
sendiri masih tertanya-tanya, adakah ianya mimpi atau reality! Ini adalah
kerana, ianya adalah sesuatu yang berada di luar perancangan aku. Aku tidak
memilih jantina. Asalkan dia sihat dan sempurna.
Ada rakan-rakan yang terlalu mengharapkan anak lelaki, namun
dikurniakan anak perempuan. Ada yang terlalu mengharapkan anak perempuan, namun
kesemua anaknya lelaki. Ini soal rezeki. Kita tiada hak untuk mempersoalkan apa
yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang. Oleh yang
demikian, aku menerima rezeki anak ketiga ini dengan hati yang sangat terbuka!
Namun, aku kembali mempersoalkan diri aku. Apakah aku mampu berlaku adil dengan
mereka? kesemua anak-anak aku nanti? Apakah kasih sayang yang aku berikan
sama adil? Ini yang selalu bermain dalam fikiran aku sekarang. Kadang aku
menjadi terlalu takut, takut tidak mampu berlaku adil pada setiap anak-anak
aku.
Rezeki sememangnya telah ditetapkan pada setiap anak yang
dilahirkan. Namun aku dan isteri tetap perlu bekerja keras di dalam mencari
rezeki yang lebih luas untuk mereka! Tanpa usaha, segalanya tidak bermakna! Namun,
di dalam kerisauan aku, masih wujud perasaan gembira! Mana mungkin aku tidak gembira dengan zuriat yang dihadiahkan oleh Allah ini!
setiap anak, Allah dah tetapkan rezeki masing-masing... InsyaAllah... di mana ada rezeki tuk keluarga Allah akan tunjukkan jalanNya...
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadam