Wak doyok bertunang dengan Bekas Isteri Sultan Brunei? Serius?
Wak doyok bertunang
dengan Bekas Isteri Sultan Brunei? Serius? | Eh, terperanjat juga aku baca
berita wak doyok dah bertunang ni. Tunang pula bukan dengan calang-calang orang
tau. Bekas isteri sultan brunei tu! Cantik orangnya. Wak doyok pun dalam
kelasnya yang tersendiri. Jadinya, kena lah mereka berdua. Kalau betul lah
berita ni, tahniah pada wak doyok! Amboi kau wak! Bukan main kelas lagi pilihan
kau. Apa pun, dah jodoh kau. Hehehe.
KUALA LUMPUR 30 Julai – Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, disahkan telah bertunang dengan personaliti Wak Doyok pada 23 Julai lalu.
Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas di sini.
“Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir.
“Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu,” jelas sumber kepada Mingguan Malaysia.
Hubungan Azrina dan Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka.
Menurut sumber yang sama, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan berkenaan.
Azrinaz ialah bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hasil perkahwinan itu, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok belum pernah berkahwin sebelum ini.
cantik orangnya .. lama x dengar berita pasal wak doyok .. dah tunang dah
BalasPadamcantik kan? wak doyok sekarang sibuk dengan bisnes je..
Padam