Resepi Air Mangga Susu istimewa.

Ogos 01, 2016
www.ceritaejoy.com

Resepi Air Mangga Susu istimewa | Korang perasan atau tidak, sekarang ni, macam-macam menu muncul dekat sekeliling kita termasuklah air mangga susu ni. Kenapa sebelum ni takda pun? Atau ada tapi tak popular? Ha, sesiapa boleh tolong jawab kan? Mungkin disebabkan wujudkan keai-kedai menjual air gelas besar adalah penyebab kepada wujudnya menu minuman istimewa ini? Atau mungkin disebabkan oleh, orang kita dah mula bosan dengan menu minuman sedia ada? Atau? Atau? Atau? Hahaha.

Resepi Air Mangga Susu istimewa.


Nak buat Air mangga susu ni tak susah mana pun. Tapi kenapa ramai yang suka minum dekat luar? Ahhaha. Itu masing-masing punya duit dan masa la ye. Haip! Ni, Resepi Mangga Susu. Tak susah mana pun, boleh buat jug besar, letak dalam peti ais, kemudian boleh ulang minum banyak kali. Fuh! 1 family boleh minum sambil tengok drama pukul 7. Hehehe.

Sebelum nak share Resepi Air Mangga Susu istimewa ni, aku masih lagi terfikir, variasi menu minuman terbaru yang muncul bak cendawan selepas hujan dekat malaysia ni. Salah Satu minuman yang masih melekat dalam minda aku sampai sekarang ni, Thai Green Tea Latte! Kan famous sebelum ni. kemudian, ni viral pulak, air mangga susu. Kena pulak minum waktu musim panas ni, fuh!! Meleleh baq ang! Hahaha.

Orait! Cukup setakat tu. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat air mangga susu ni. Bahan-bahannya yang diperlukan adalah :

1 Biji mangga.
1 Cawan ais.
3 Sudu besar susu pekat manis.

2 bahan dekat atas tu sama je. Cuma yang akan membezakan rasa setiap air mangga susu ni adalah, jenis mangga yang korang gunakan! Kalau korang guna mangga harum manis, maka manis dan enaklah rasanya nanti. Harga pun boleh jadi mengarut kalau di jual. Hahaha!

Cara menyediakan Air Mangga Susu istimewa.


1) Blend kesemua bahan tersebut sehingga sebati. Mangga tu kenalah potong-potong dulu ya! Jangan masukkan sekali biji mangga. Eh! Jangan ada yang tak tahu ya. Ada juga yang masukkan sekali dengan biji mangga. Sebabnya kita cakap, blend kan kesemua bahan di atas. Agak-agaklah saudara saudari sekalian, kot di masukkan biji mangga sekali, tak ke jahanam mesin tu nanti. Hahahha!

2) Dah siap blend dan rasa ianya sudah sebati dengan jiwa korang, tuangkan dalam bekas yang sesuai. Kalau buat banyak, sila isi dalam jug, kalau buat sedikit, sila isi dalam cawan. Kalau rasa tak tahu nak isi mana, cari plastic, isi dalam tu, ikat elok-elok, hantar rumah jiran. Dapat pahala. Hehehe.

3) Kemudian, dah siap-siap isi dalam cawan tu, masukkan pula topping mangga. Ala, nama cam istimewa kan? Topping segala. Yang sebenarnya, potong dadu mangga tu, kemudian letak atas air mangga susu tu. Ha, jadilah topping mangga. Eleh! Nama nak gempak! Hahaha.

4) Orait. Ini yang last. Yang paling istimewa. Dah siap semua tu, korang angkat cawan elok-elok. Jangan sampai tumpah ye. Bawa ke tempat yang korang selesa, contohnya depan tv. Kemudian baca bismillah *bagi yang beragama islam*. Tatap *tengok* air mangga susu tu elok-elok. Kemudian minum dengan tenang. Ha, sedap tak? hahahahha.

Yang sebenarnya, ini resepi biasa sahaja. Sebab tu aku kata, sesiapa pun boleh buat. Ni, kalau dekat kedai ni, tah berapa dia cas kita. Jadinya, pada aku, buat sendiri juga yang sedap. Kan? Baiklah, kalau korang nak tahu, kenapa rasa air mangga susu dekat kedai tu sedap. Korang tengok [VIDEO] Resipi Mangga Susu ni. Kat situ dia ada tunjuk, kenapa air mangga susu kat kedai lebih sedap. Ha, tengoklah. Hehehe.

Artikel berkait:

1) Mangga Susu Sedap Kampung Baru,Kuala Lumpur
2) Resepi mangga susu
3) Resepi Jus Mangga Susu Special
4) Mangga Ice Blended
5) Cara Membuat Jus Mangga Susu Super Segar

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.