Tak perlu tunggu hidayah datang baru nak bertudung.
Tak perlu tunggu hidayah
datang baru nak bertudung | Cerita ini ada kesinambungan dengan cerita Uqasha
Senrose yang membuat keputusan untuk tidak mahu berhijab kerana tidak mahu
terus menerus tipu diri sendiri. Dari apa yang dikongsikan beliau, beliau
sanggup menerima apa sahaja cercaan dan kecaman akibat daripada keputusan
beliau tu.
Biasa tak kita dengar orang cakap, ala, bertudung pun, kalau
perangai tak elok sama je? Atau, sabar lah, sampai masanya nanti aku bertudung lah. Bukan boleh paksa-paksa, apa guna bertudung kalau hati tak ikhlas
nak menutup aurat. Ha, biasa kan dengar? Ala, tak payah cakap kaum perempuan
lah, lelaki, solat cukup ke? Dah berapa kali tinggal solat jumaat? Oklah, kali
ni aku nak fokus pada cerita berhijab ni dulu ye.
Benda yang sama orang dok ulang. Perkara yang sama alim
ulama dok cerita. Tutup aurat tu tak perlu tunggu hidayah sampai sebab ia benda
wajib. Nabi Muhammad s.a.w dah beritahu beribu tahun dulu. Teringat kisah seorang
rakan dekat fb. Cerita pasal kerja dengan tutup aurat ni. Aku lupa dah cerita
penuh dia, tapi aku cuba ringkaskan supaya kita semua faham ye.
Dia pesan kat kawan dia, kenapa tak pakai tudung. Kawan dia
pun cakap, benda ni takleh paksa, kena hati yang ikhlas. Kemudian dia tanya
balik, kerja kau sekarang ni ikhlas tak? Kawan dia jawab, sebelum ni tak ikhlas
sebab kerja nak gaji je. Tapi lama-lama ikhlas sebab nak bantu syarikat untuk
terus berkembang. Kemudian dia jawab, sama halnya dengan tutup aurat ni, mula
memang rasa macam tu, tapi lama-lama kita akan rasa selesa dan ingin terus kan.
Aku bukan alim ulama, ustaz atau guru agama. Tapi aku setuju
dengan apa yang dia cakap. Benda yang kita rasa tak ikhlas ni, kalau kita
terus-terusan buat, sampai masanya, kita akan rasa biasa. Sama halnya dengan
solat. Bukan semua orang cukup 5 waktu kan? Aku sendiri pun tak pernah nak kata
cukup 5 waktu, nak malu buat apa kan?
Tapi kalau ada usaha, nak buat, pasti sampai masanya nak
tinggal pun rasa takut. Solat jumaat? Eh! Kadang aku tinggal juga! Tapi, usaha
tu ada. Mulanya aku malu dengan anak-anak bila dia tanya kenapa tak pergi
solat. Mungkin itu hikmah dari Allah, dia datang kan anak-anak untuk tegur. Kemudian
pergi solat. Lama-lama, jadi malu pulak dengan yang maha esa. Sebab dah banyak
kesenangan yang dia bagi.
Sama halnya juga dengan kes tutup aurat ni. Kalau nak tunggu
hidayah sampai, takut lama je. Itupun kalau sempat. Mau nya tak sempat? Macam mana?
Bukan nak kata diri ni baik. Tapi saling mengingatkan. Tak kisah pun siapa
awak, berapa besar pangkat awak, berapa ramai kawan awak, sampai masanya nanti,
ke liang lahad, orang lain yang masuk kan, bukan diri awak sendiri.
Niat nak menegur tu dah ada. Esok, bila yang maha esa tanya,
apa yang kau lakukan? Kita boleh jawab, kita dah tegur berulang kali, namun
beliau tetap dengan keputusannya. Tak perlu jadi alim ulama, ustaz atau guru
agama bila nak ajak orang bawa kebaikan. Bukan apa, bila kita cakap macam ni, confirm! Kawan-kawan cakap, ala kau pun bukan baik sangat pun, tak payah la nak
tegur orang.
betul tu.. beginilah senang ..manusia bukan maksum dan tak sempurna pun ..selagi pintu taubat masih terbuka selagi itulah boleh berubah ke arah kebaikan.. usaha tu penting sebenarnya
BalasPadamsemoga kite senantiasa istiqamah di jln kebaikan.aamiin..
BalasPadamaurat itu WAJIB ditutup dan diikuti. Dosa besar pd sisuami bapa yg tidak menegur dan mengajak anak dan isteri menutup aurat dengan sempurna.
BalasPadamMenipu diri sendiri dan tidak ikhlas itu bukan alasan. mcm kata solat lima waktu. WAJIB laksanakan. begitu juga wajib para wanita menutup auratnya.
Bila islam dah kata WAJIB atas kamu menutup auratmu maka lakukanlah walaupun kamu terpaksa kerana itulah suruhan Allah.
Itu la.. Kecewa juga bila tau dia buka tudung. Mungkin rasa tak bebas kot...
BalasPadamSemoga dia kembali bertudung semula..
Lawa apa pakai tudung..