Kes buli sekarang boleh membawa kepada kematian!

www.ceritaejoy.com

Kes buli sekarang boleh membawa kepada kematian! | Makin hari, makin banyak kes buli yang kita dengar, baca atau tengok berlaku samada di sekeliling kita ataupun melalui perkongsian di media sosial. Daripada bangku sekolah hinggalah ke bidang professional. Persoalan sekarang, apakah langkah yang boleh kita buat untuk membendung perkara ini daripada terus berlaku? Sebab makin lama, makin teruk, hingga boleh membawa kepada kematian!

Berita semalam, seorang pelajar maut kerana cuba nak ambil beg yang dibuang ke luar tingkap. Niat nak bantu rakan yang kena buli, namun maut yang diterimanya. Apa masalah pelajar sekarang ni? Benda main dengan nyawa ni bukan perkara main-main. Apa mereka ingat nyawa manusia ni boleh beli dekat mana-mana ke? Apa perasaan ibu bapa yang bersusah payah besarkan anak-anak bila dapat tahu perkara macam ni?

Makin hari makin teruk aku tengok budaya buli ni. Apa sekolah-sekolah sekarang ni, tempat latihan buli membuli ke? Tak kan? Atau mungkin pelajar-pelajar sekarang ni terlalu banyak terpengaruh samada dengan filem yang mereka tonton atau video-video dekat media sosial? Aku nak tanya, apa bentuk hukuman yang dikenakan pada kaki buli yang melibatkan kematian ni?

Aku rasa, ada baiknya, kumpul kan pelajar-pelajar yang bermasalah ni, yang nak sangat buli orang ni, bawa mereka jumpa dengan “real” punya kaki buli yang duduk dalam penjara tu. Yang jenis dah tak boleh kawal punya manusia tu. Tak pun, letak mereka sebelah bilik banduan extreme! Biar mereka tahu macam mana rasanya kena buli! Huh!

Ataupun, kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, letak mereka ni dalam latihan tentera elit! Join komando punya latihan ke, Para punya latihan ke, baru ada akal. Jiwa mereka kental sangat kan, sampai nak bunuh orang dengan cara buli kan, nah! Biar mereka kenal erti penyesalan! Aku bila bercakap bab-bab ni, memang boleh mendatangkan rasa tension dalam kepala aku ni.

Tak terbayang macam mana keadaan nya bila anak-anak aku masuk sekolah nanti. Kalau waktu mereka nanti, ada pilihan untuk belajar di rumah, aku lebih rela pilih rumah daripada bercampur dengan manusia-manusia semacam itu. Nak dapat zuriat bukan senang oi! Nak besarkan mereka, bukan guna kasih sayang semata-mata, bila berlaku keadaan macam ni, putih mata mak ayah pelajar tu tau? Kamu tahu tak?

Sampai masanya, kena fikirkan apa yang perlu kita buat untuk bendung perkara ni. Jangan biarkan budaya buli ni jadi lebih teruk. Jangan sampai mak ayah masuk dalam kawasan sekolah sebab tak nak anak mereka kena buli. Kena fikir kan bentuk hukuman yang sangat teruk. Supaya tak berlaku lagi kes buli ni. Tolong! Sebelum semuanya terlambat. Kita mampu mengubahnya!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.