Suspek bunuh kanak-kanak 5 tahun adalah saudara terdekat??
Suspek bunuh kanak-kanak 5 tahun adalah saudara terdekat?? | Viral kisah kehilangan kanak-kanak berumur 5 tahun selepas keluar menunaikan solat Maghrib di kawasan perumahan beliau di Rumah Panjang Jinjang Utara K.Lumpur. Banyak juga perkongsian di laman sosial mengenai kehilangan anak syurga ini. Namun, semalam, kita menerima 1 perkhabaran sedih! Polis menjumpai mayat kanak-kanak yang dipercayai mangsa culik tersebut! Dibunuh oleh saudara terdekat??
Semalam aku ada baca komen-komen rakan-rakan di facebook. Aku
tertarik dengan komen seorang rakan ni, yang cakap, anak syurga ini dibunuh
oleh saudara terdekat. Aku balik kerja, aku terus cerita dengan wife aku. Aku
selalu juga pesan dengan dia, jangan pernah percaya dengan sesiapa pun! Jangan pernah
sekali!
Hari ini, aku terbaca banyak perkongsian di blog yang
mengatakan hal yang sama! Anak syurga ini dibunuh oleh abang ipar tiri?? Abang ipar
tiri?? Apa masalah kau?? Sakit jiwa?? Mental?? Ni confirm! Bila kena tangkap,
mesti ada sakit mental! Kau bunuh orang, tahu pulak kau takut berdepan hukuman
mati??
Makin tak faham aku dengan manusia sekarang! Apa salah anak
syurga tu? Apa masalah kau sebenarnya? Apa yang mendorong kau buat macam tu kat
budak sekecil tu? Apa dosa dia? Ni lah punca, kenapa ramai ibu bapa yang menjadi
lebih tegas dalam penjagaan anak-anak. Nak bermain kat luar pun tak boleh! Tak
kan nak kurung je anak-anak dalam rumah?
Memang jauh beza zaman dulu dengan zaman sekarang ni. Kalau
dulu, anak-anak kecil, bermain bukan takat halaman rumah, bukan setakat dalam
kampung, tu! Pergi kampung sebelah pun ada. Lagi jauh dari tu pun ada. Sekarang?
Nak main dalam halaman rumah pun takut! Sebab manusia macam ni, mereka bukan
kira apa! Dalam halaman rumah pun mereka berani!
Apa nak buat? Nak bawak senjata ke hulu ke hilir? Ditangkapnya kita bawak senjata, di kira jenayah! Walhal dekat sekeliling kita ni, penuh
dengan manusia berhati binatang! Yang sudah pastinya, bersenjata setiap masa! Takkan
nak lindung diri dengan keluarga hanya dengan anggota badan? Nak minta bantuan?
Sempat ke? Belum tentu sempat. Yang ada hanyalah apa yang kita ada. Itu je yang
boleh lindung. Tapi macam yang aku cakap tadi, kalau di tangkap, di tuduhnya
kita macam-macam.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com