Kanak-kanak perempuan yang diculik di miri ditemui selamat!
Kanak-kanak perempuan yang diculik di miri ditemui selamat!
| Baru awal pagi tadi aku bercerita pasal anak syurga yang ditemui mati kerana dibunuh oleh saudara terdekat, dan sekejap tadi, waktu belek-belek laman muka
buku, aku terbaca pula berita mengenai penemuan kanak-kanak perempuan yang
diculik di dalam belukar! Suspek yang ditangkap membawa polis ke lokasi
kanak-kanak malang ini!
Hati keluarga mana yang sanggup melihat anak mereka diperlakukan
sedemikian rupa? Bertuahnya anak ini kerana dipertemukan masih di dalam keadaan
bernyawa! Namun, nasib dirinya yang ditinggalkan di dalam keadaan seperti itu?
Macam mana kalau ada binatang berbisa? Perut yang lapar? Di dalam keadaan yang
semestinya gelap dan jauh daripada orang?
Apa yang manusia itu mahu? Mereka anak kecil! Apakah yang
mendorong mereka untuk melakukan perkara yang haiwan sendiri tak akan buat! Semuanya
kerana duit! Duit yang mampu mengubah hati manusia menjadi lebih kejam dari
haiwan! Daripada berita yang aku baca, suspek yang melakukan hal itu adalah
penagih dadah! Dan mengalami masalah kewangan!
Nampak tak keburukan dadah tu? Nampak tak? Kerana najis
dadah tu, manusia sanggup membunuh, merompak, macam-macam! Mereka tak kira,
anak kecil ke, orang tua ke, asalkan apa yang mereka mahukan, mereka akan
dapat. Mereka sanggup buat apa sahaja! Mereka tak akan pernah fikir, payah
jerih keluarga yang mahu membesarkan anak-anak ni. Mereka tak akan pernah
berfikir, kesengsaraan yang akan di tanggung ibu bapa jika apa-apa berlaku
kepada anak mereka. Mereka tak akan pernah fikir pasal benda tu!
Jadi siapa yang perlu fikir pasal benda ni? Tak lain tak
bukan, kita lah. Sebagai ibu bapa dan masyarakat. Tapi sejauh mana kita mampu “bekerja
sendirian”? Semuanya hanya berjaya jika semua orang bersatu hati. Sentiasa memantau
bahaya yang ada di kawasan setempat! Sebab tu lah, jangan ada yang marah, jika
ada “orang luar” yang masuk ke dalam sesuatu kawasan tu, mereka akan berasa
kurang senang. Semuanya sebab benda ni lah!
Tapi dalam kes terdahulu, manusia berhati binatang ni adalah
mereka yang berada di sekeliling mangsa! Nampak tak bertapa bahayanya
masyarakat sekarang? Musuh ada kat sekeliling kita je. Kadang kita terlalu
menjaga orang lain, mereka yang berada dekat sekeliling kita ni, terlepas
pandang! Bila dah berlaku sesuatu yang tidak di ingini, barulah kita tersedar
dan menyesal yang tiada penghujungnya!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com