Review : Siapa pernah minum davidoff coffee?
Review : Siapa pernah minum davidoff coffee? | Mungkin ramai yang tak
tahu, wujudnya Kopi Davidoff ni kat pasaran. Kebiasaannya, bila dengar nama Davidoff
je, perkara pertama yang muncul dalam kepala kita mesti air sejuk *cool water*
kan? Davidoff memang sinonim dengan perfume. Tapi Davidoff juga wujud dalam
bentuk kopi. Percaya tak? hehehe. Harini aku nak cerita pasal Kopi Davidoff ni.
Siapa pernah minum davidoff coffee?
Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal davidoff coffee ni? Ceritaejoy
macam ni, pagi tadi, ada seorang majikan aku ni, dia bawak sebotol ke tempat
kerja. Rilek je dia bancuh. Harum semerbak 1 opis ni. kemudian ada seorang
rakan sekerja yang bertanya, “bos minum kopi apa tu”. Aku yang duduk jauh ni,
dengar jelah. Kemudian dia jawab “ owh, Davidoff coffee”. Boleh pulak kawan aku ni buat-buat
terperanjat.
Yelah, dia kata, Davidoff bukan buat minyak wangi ke? Aku yang
dengar ni, tergelak la. Aku pun sampuk la berbual. Aku cakap “ bro, Davidoff coffee
ni dah lama kat pasaran, dekat tesco banyak jual”. Aku ni memang suka kopi. Jadinya,
memang aku tahu kewujudan kopi ni dekat pasaran malaysia ni. Yang aku tak tahu,
kopi luwak original ada tak jual kat sini. Nak juga rasa. Hehehe.
Haip! Ini bukan nak cerita pasal kopi luwak ye. Rasanya aku
pernah cerita pasal benda ni kat blog ceritaejoy ni. Kena rajin-rajin cari ye. Hehehe.
Berbalik semula pada davidoff coffee ni. Siapa yang pernah rasa/minum kopi ni?
Macam mana rasa kopi ni? Sedap tak? Berbeza tak dengan rasa kopi lain? Ke sama
je?
Kalau tanya pada aku, kalau nak bezakan kopi ni, memang
boleh rasa. Contoh ya! Aku beri contoh. Nescafe dengan kapal api. Aku suka
kapal api lagi. Sebab rasa dia boleh buat aku nak minum kopi hampir setiap
pagi. Ish! Tapi aku dah lama tak minum kapal api. Ada juga minum baru-baru ni,
tapi rasa dia macam dah lain sikit dekat tekak aku ni, tak tahu nape.
Berbeza dengan davidoff coffee ni, rasa dia sedikit “lembut”.
Tak pekat sangat *pada aku, mungkin berbeza dengan orang lain ya!*. Sedap! Kalau
buat kopi ais, memang layan! Hahaha. Tapi kan, aku nak tanya korang juga ni,
pernah jumpa dengan seseorang yang suka bau kopi? Jenis yang duduk saja-saja
sambil hidu kopi? Ambil bau kopi tu, pernah? Hahaha, aku pernah jumpa dengan
orang macam ni! hehe
Oklah! Nak cerita panjang-panjang, aku bukanlah seorang yang
pandai bercerita pasal makan minum ni. Sekadar nak beritahu pasal davidoff
coffee ni je. Mana tahu ada yang tak tahu. Setakat ni, aku biasa jumpa dekat
tesco je, itu pun sebab rajin beli barang kat sana. Mungkin ada dekat tempat
lain. Lepas ni beli 1 letak dekat rumah. Bila orang datang, buatkan untuk
mereka. Dan kalau ada yang bertanya, kopi apa ni? Jawab je:
“davidoff coffee”.
belum pernah cuba, mahal sikit kan
BalasPadamtau lama dah davidoff ni ada kopi, memula terkejut jugak..tapi kopi paling best aku penah minum kopi Kluang tu..pehh..harum je
BalasPadamkopi keluang? ok, itu belum pernah rasa jugak..hehehe
PadamDavidoff coffee tgh sales kat giant ..rm12.90 ada free mug
BalasPadam