Jadilah blogger yang bertanggungjawab.
Jadilah blogger yang bertanggungjawab | Memang benar, blog
adalah milik blogger. Memang itulah jawapan yang bakal anda terima kalau
bercerita mengenai penulisan seorang blogger. Namun dalam sedar tak sedar,
kebebasan menulis seorang blogger itu melampaui batas. Terkadang juga menyentuh
sesuatu sensitivity. Semuanya kerana alasan, blog itu milik mereka. Dan menjadi
hak mereka untuk menulis apa sahaja.
Tak hairan lah kalau sekarang ni, kita dengar ada blogger
yang kena saman. Semua nya sebab menulis sesuatu yang tiada kebenarannya. Mungkin
untuk mencapai trafik blog. Dan blogger copy paste, ambil dan kongsikan dalam
blog mereka. Akhirnya, cerita tak betul tersebar meluas. Siapa yang nak di
salahkan? Apa alasan blog itu kepunyaan mutlak seorang blogger boleh diguna
pakai?
Aku sendiri pun kadang-kadang takut nak kongsikan sesuatu
dekat blog ceritaejoy ni. Kalau ada satu-satu cerita tu, aku akan pastikan
cerita tu dah masuk surat kabar. Tak pun, ada kesahihannya daripada orang
lain. Maknanya aku kena cari dan baca banyak sumber. Barulah aku akan kongsikan
dalam blog ceritaejoy. Kalau tak sahih, memang taklah aku share dalam blog ni.
Aku tak kejar trafik. Aku takut dengan apa yang bakal aku
dapat kalau cerita yang aku kongsikan tu tak betul. Menulis hanya untuk
suka-suka. Bukan nak jadi terkenal pun, kalau jadi, alhamdulilah. Tapi biarlah
dengan cara yang baik dan betul. Bukan dengan kontroversi. Takut weh! Banyak nak
menjawab nanti. Dunia akhirat.
Kadang-kadang, takleh nak salahkan blogger juga. Kita tegur,
kita pulak yang kena nanti. Silap-silap, kita pula yang jadi tajuk utama blog
mereka. Jadinya, banyak blogger yang diamkan diri sahaja. Jaga blog
masing-masing. Tapi kan, pada aku, tak salah kalau nak menegur, tapi biarlah
dengan cara yang betul. Dah mereka tulis tak betul, janganlah kita caci maki
mereka. Cakaplah sahaja yang elok-elok. Nak dengar tak nak dengar, terpulanglah
pada mereka. kan?
Hmm. Suara aku ni tak sampai mana pun. Hanya berlegar dalam
blog ceritaejoy dan rakan-rakan pembaca yang kerap datang ke blog ni. Kalau berkesan,
alhamdulilah. Harap nya, penulisan ini dipahami semua. Tidaklah mengata yang
buruk pada orang lain. Sekadar beringat sesama insan. InsyaAllah, semoga
dipermudahkan urusan semua. Amin.
Huu betul tu sebab itulah nak menulis ikut pengalaman lagi baik daripada benda tak sahih
BalasPadamtapi ada blogger yang memang suka kejar trafik ni..mereka akan tulis dan share apa sahaja..itu yang bahaya tu..kan?
Padambetul tu.. even berita tu betul ataupun tidak kita sebagai blogger perlu selidik dulu.. dlm Al-Quran pun Allah dah kata jika sampai satu2 berita hendaklah kamu menyelidikinya terlebih dahulu.. ☺️☺️
BalasPadamkadang-kadang mereka ni lupa ajaran islam..yang penting mereka dapat apa yang mereka inginkan..ha
Padam