Dah tukar ATM card?
Dah tukar ATM card? | Rasanya semua pun dah tahu kan, yang
kita perlu tukar ATM card kita? Bagi mereka yang masih belum tahu, kenapa kita
perlu tukar ATM card sebelum hujung tahun ini, korang boleh baca cerita ini, Perlu tukar kad atm dengan segera. Tapi
kan, percaya tak kalau aku cakap, masih ada orang yang tak tahu? Contoh terdekat,
ayah mertua aku. hahahaha.
Orang-orang lama ni kan? Kadang mereka memang tak ambil
pusing pun. Aku baru je tukar kad atm semalam. Alang-alang dah cuti nak bawa
anak checkup, pergilah bank sekali tukar ATM card aku dengan wife. Anak-anak
aku tinggalkan sekejap dengan mertua. Biasalah bila kita nak keluar, mereka
pasti tanya kan. Jadinya wife aku cakaplah, nak pergi bank, tukar ATM Card.
Bapa mertua aku tanya lah, kenapa nak kena tukar? Expired card
lama lagi. Hehe. Aku pun ceritalah sistem baru yang ada pada kad tu. Dan kalau
nak tahu dengan lebih lanjut, kenalah baca blog
ceritaejoy. Hahaha. Itu aku tipu! Hahaha. Bila dah terangkan betul-betul,
barulah dia faham. Adoi! Agaknya, kalau takda yang beritahu, mesti mereka tak
tahu kan?
Semalam, mula-mula aku pergi cimb bank cawangan cheng melaka. Ingatkan tak ramai orang. Adoi!
Beratur orang nak tukar ATM card rupanya! Kemudian pergi pula cimb cheng
cawangan bandar Melaka. Ha, ok! Tak ramai orang. Waktu tu dah masuk tengahari,
waktu anak-anak makan! Adoi! Sementara nak tunggu no di panggil, memang
menyanyi anak-anak aku dalam bank tu! Ish!
Dah selesai tukar kad cimb, aku balik telok mas, hantar
anak-anak ke sana. Kesian ke mereka sebenarnya, kita usung mereka ke sana ke
mari, mesti mereka penat. Kan? Kemudian pergi pula Maybank cawangan Melaka raya.
Orait! Sini memang tak ramai orang. Harapan untuk cepat siap tu adalah tinggi!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com