Betul ke KFC beri Baucer RM500??
Betul ke KFC beri
Baucer RM500?? | Viral jugak pasal baucer kfc ni kan? Dan keyword ni memang
hot betul dekat blog ceritaejoy sejak 2 menjak ni. Ramai betul yang ingin
mencari kepastian samada benarkah KFC sedang menawarkan baucer sebanyak RM500? Wow!
Banyaknya! Aku pernah menulis mengenai Baucer Kfc 2016 percuma untuk semua! Tetapi tidak lah aku cakap KFC nak beri baucer sebanyak itu ya!
Ramai sebenarnya yang mengharapkan untuk dapat baucer KFC RM500 tu. Yelah! Banyak tu,
bukan sedikit, boleh tahan beberapa bulan bagi seorang. Kalau keluarga, mungkin
sebulan. Atau mungkin lebih awal dari itu? kan? Aku memang dari dulu, dari
kecik-kecik hinggalah sekarang, memang suka sangat makan KFC berbanding
fastfood yang lain. Tekak aku memang kena dengan ayam dia.
Kalau pergi mana-mana tu, selain daripada makan di
gerai-gerai, aku memang pilih KFC. Sebabnya mudah dan aku dah biasa dengan menu-menu
sedia ada. Pernah juga dapat baucer KFC ni, tapi tidak lah sebanyak seperti yang
viral tu. Terfikir jugalah, kalaulah aku dapat banyak macam tu, rasanya, berbulan jugalah aku boleh simpan. Hahahaha.
Tetapi di saat, ramai yang berkongsikan perihal baucer KFC RM500 tu, syarikat KFC
tampil menceritakan perkara sebenar. Yang membuatkan ramai orang kecewa. Yang sebenarnya
baucer tersebut hanyalah mesej SCAM atau palsu. Ada pihak yang tidak
bertanggungjawab menyebarkannya dan menjadikan ianya viral!
Adoi! Ramai peminat kfc yang teruja bila dapat tahu ada
baucer sebanyak rm500 ni. Tetapi akhirnya kecewa kerana ianya Cuma berita
palsu. Terpaksalah keluar duit macam biasa untuk makan snack plate kfc. Hahaha.
Terbayang juga pada awalnya, kalaulah dapat baucer sebanyak tu, boleh buat
kenduri KFC bersama kawan-kawan dah! Hehe.
dah agak dah, ramai yang shared kan kat whatsapp dan mesengger, rasanya tahun lepas pernah juga berlaku yang sama.. jom ejoy lanjer Kepci kak ana seketul :)
BalasPadameh..nape mintak seketul je..mintaklah family bucket..hehehe
PadamHmm...ingat betul bolh dpt baucer kfc 500 .boleh lah bawa anak 2sy makan kfc .nk beli mahal sangat..sy x mampu nk beli ..mama minta maaf ye semua ank mama..mama x dpt nk tunai kan ank mama nk mkn kfc..
BalasPadamBukan rezeki kami sekeluarga nk makan kfc...maaf kan msma ye anak2Ku ...o
BalasPadam