Orang Malaysia ramai yang kaya-raya sebenarnya.
Orang Malaysia ramai
yang kaya-raya sebenarnya| Setiap tahun, kita pasti akan dihidangkan dengan
Senarai Orang Terkaya Malaysia. Dan
lebih jelasnya lagi, kita sudah sedia maklum dengan mereka yang tersenarai. Tetapi,
kita mesti tercari-cari “senarai baru” dalam list tu kan? Samalah halnya dengan
Senarai Orang Terkaya Di Dunia.
Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan dalam blog ceritaejoy
ni. Apa yang aku nak ceritakan ni adalah, daripada pemerhatian mata kasar aku
di laman sosial. Benar, malaysia sememangnya negara maju. Namun dalam banyak perkongsian
di laman sosial, kita masih dihidangkan dengan beberapa kesusahan rakyat
malaysia. Mengenai hal itu, ayuhlah kita sama-sama membantu ya!
Baiklah. Orang
Malaysia ramai yang kaya-raya! Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, bila
aku tengok dalam group-group di fb. Ada yang dengan mudahnya, mengeluarkan
belanja yang besar hanya untuk koleksi peribadi mereka. Jika mereka yang berada
di dalam kelompok orang sederhana, mana mungkin mereka boleh keluarkan puluhan
ribu ringgit hanya untuk memiliki barangan hiasan? Betul tak?
Aku lupa dekat group mana aku tengok. Ada seorang rakan,
beli jam dengan harga RM80K! Pada pemerhatian aku, wow! Banyaknya duit! Itu belum
cerita ada orang yang beli helmet dengan harga, amboi! Mahal sungguh! Dari situ
dah boleh nampak “ramai” dari kalangan rakyat malaysia yang punya banyak wang
lebihan.
Yelah, kalau tak melebih, dah pasti mereka gunakan wang itu
untuk keperluan dan bukannya keinginan. Betul tak? Eh! Betul kan aku cakap tu? Keperluan
dan keinginan? Tadi, baru sekejap tadi baca dekat blog sifu Seo Malaysia,
Hasrul Hassan. Mengenai kisah seorang wanita yang beli tudung bawal berharga
RM10,000! Agak-agak kalau orang biasa, mereka beli tak? Dah tentu tidak kan?
Ada pula, dalam 1 group haiwan eksotik. Penjual menjual
haiwan eksotik bermula dengan harga RM4,000 membawalah kepada harga belasan
mahupun puluhan ribu ringgit. Hairan Nya aku lagi adalah, kesemua haiwan yang
mereka jualkan itu, laris seperti goreng pisang panas! Mana mungkin mereka dari
kalangan orang sederhana mampu mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk
memenuhi keinginan mereka!
Dan antara sebab lain, yang buatkan aku cakap Orang Malaysia ramai yang kaya-raya, adalah
bila aku kerap masuk ke dalam group buat duit internet. Rata-rata dari mereka
kerap pamerkan akaun dengan nilai besar! Ada darinya mencecah hingga puluhan
ribu ringgit! Hanya dengan internet? Itu belum cerita mereka yang buat duit dengan blog lagi.
Dari situ, aku mula percaya dengan cakap seorang kawan aku. Katanya,
malaysia ni ramai jutawan senyap. Dan mungkin
mereka semua tu ada kat sekeliling kita je. Bila aku nampak benda-benda macam
ni, rasanya aku dah mula faham apa yang cuba disampaikan. Mana mungkin, harga
barang yang ribu-ribu tu, orang berebut nak beli. Kalau dulu dengar harga ribu,
sumpah seranah orang, tapi sekarang, dah macam biasa pulak.
Hairan dan pelik! Macam mana mereka buat wang ya?
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com