Mood raya tak habis lagi.

www.ceritaejoy.com

Mood raya tak habis lagi| Nampaknya, ramai blogger yang masih dalam mood raya. Buktinya, bayak blog tak ber update. Hahaha. Banyaknya jemputan rumah terbuka. Lihatlah lepas raya nanti, pasti ada banyak “review” rumah terbuka. Hehehe. Bercerita mengenai rumah terbuka, aku pasti, ramai yang mencari Menu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang simple. Tak kurang juga yang mahu buat secara besar-besaran. Terpulang pada budget individu itu sendiri ya.

Menu Rumah Terbuka Simple.


Aku lebih suka menu-menu yang simple. Kalau banyak sangat tu, rasa macam makan buffet Ramadhan dekat hotel la pulak. Hehehe. Baiklah, di antara menu-menu top! Bagi jemputan rumah terbuka adalah mee rebus. Betul tak? Kebanyakkan rumah terbuka pasti ada menu ni. Jadinya jom belajar macam mana nak buat mee rebus yang simple!

Resepi Mee Rebus Mudah!


Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning, dicelur
250g taugeh, buang ekor dan celur
Limau kasturi
Bawang goreng
3 biji telur, direbus
1 tangkai daun sup, hiris halus
Cili merah, hiris nipis
Cili hijau, hiris nipis
3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis

Bahan untuk kuah:

1 senduk minyak masak
500 g daging, hiris nipis
500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
2 sudu besar taucu
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 sudu besar udang kering yang direndam*
2 sudu besar serbuk kari daging
6 cawan air
1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
2 cm lengkuas, dititik
1 biji tomato, dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak kuah:

Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air dan keledek yang di lenyek tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasa kan dengan gula dan garam secukupnya.

Cara untuk menghidang:

Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

Sumber : iresepi.com

Menu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang simple yang kedua pula adalah, nasi impit beserta kuah kacang. Part nasi impit tu senang je, tapi cara nak buat kuah kacang tu. Yang sebenarnya, simple juga, tak susah mana pun. Kalau belajar betul-betul, mesti jadi punya. Orait, jom, aku share Resepi Kuah Kacang Sedap dan simple.

Resepi Kuah Kacang Sedap dan simple!


Bahan bahan:

600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air

Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah di blend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.

Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.
Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota: Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap.

Sumber: Aziejaya.blogspot.com.

Ini di antara 2 Menu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang simple. Yang sebenarnya, ada banyak lagi menu yang simple, contohnya bihun sup, mee goreng, sate, kambing bakar! Eh! Macam lain je bunyinya kan? Yang sebenarnya, ikut pada kemampuan diri dan juga kewangan. Jika mampu, apa salahnya. Jangan pula sampai membazir dan wujud rasa riak dalam diri sudahlah ye. Lihat orang buat rumah terbuka, kita pun nak buat. Kemudian nak lebih hebat dari rakan tu. Harapnya janganlah sampai macam tu ya!

Oklah! Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca blog ceritaejoy dan rakan-rakan blogger. Jika ada terkasar bahasa di dalam penulisan atau ada yang terasa hati, mohon maaf dipinta ya! Kalau ada yang buat open house, jangan lupa jemput ya! hehehe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.