Kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi!
Kes culik kanak-kanak
semakin menjadi-jadi| Nampaknya kes
culik kanak-kanak kembali menghantui ibubapa dan keluarga di malaysia. Sindiket Culik Kanak-kanak kembali
mengganas! Mereka tak kira masa dan tempat. Kalau sebelum ini, mereka mengambil
kira masa dan cuaca, tapi sekarang, di siang hari pun mereka berani menculik! Ini
suatu perkara yang amat merisaukan!
Semalam, kawan kepada isteri aku, buat laporan polis kerana
ada cubaan menculik anaknya. Berlaku
di perkarangan rumah! Di siang hari! Modus operandi nya adalah dengan
menyebarkan risalah dari rumah ke rumah. Bila mereka tengok ada budak-budak
sedang bermain, mereka akan tarik kanak-kanak ni masuk ke dalam kereta dan bawa
lari!
Kes Culik Kanak-kanak.
Sindiket Culik
Kanak-kanak ini mencari kanak-kanak kecil mungkin di atas 2 tujuan. Samada ingin
menjual organ kanak-kanak ini ataupun menjadikan mereka sebagai satu alat
menjana income. Dah banyak berita yang kita baca mengenai Culik Kanak-kanak untuk Jual Organ ni.
Sebagai ibubapa, apa yang boleh kita lakukan? Bila dah jadi
macam ni, dah tentu lah ramai ibu bapa yang takut nak bawa anak mereka ke
tempat-tempat terbuka. Bagi ibu yang menjaga anak di rumah, yang mana suami
keluar bekerja, kalau sebelum ni biasa bawa anak ke pasar, atau ke kedai
runcit, dah takut nak bawa keluar anak masing-masing.
Cubaan kes culik
kanak-kanak ni pulak dekat je dengan rumah aku. Jadinya, bila dengar je kes
macam ni, memang lah aku akan kurangkan aktiviti luar isteri dan anak-anak aku
di rumah. Kalau dekat dan aku yakin dengan kawasan tu, aku izinkan, tapi kalau
jauh dan aku tak berapa familiar dengan kawasan tu, aku akan suruh dia tunggu
aku balik kerja.
Bila dengar cerita-cerita macam ni, mula lah nak simpan
macam-macam senjata. Betul tak? Mesti kita dah set dalam kepala kita, nak jadi
apa, jadi la, janji jangan apa-apa berlaku pada anak-anak dan keluarga kita.
Kalau tengok pada Sindiket Culik
Kanak-kanak ni, mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah mencederakan
atau membunuh! Jadinya, kita juga perlu jadi seperti mereka kan? Sanggup buat
apa sahaja demi mempertahankan keluarga kita!
Van Putih Muncul Lagi!
Ada juga aku tanyakan pada wife aku, apakah jenis kenderaan
yang digunakan untuk culik kanak-kanak tu adalah van putih. Aku tak pasti
kenapa mesti menggunakan van putih. Mengenai jenis kenderaan tu, kata wife aku,
rakan nya kurang pasti, tapi katanya, pihak polis dah berjaya berkas orang yang
cuba nak culik kanak-kanak tu. Jika benar
seperti apa yang dikatakan, alhamdulilah!
Yang penting sekarang, dah banyak dengar pasal kes culik kanak-kanak ni. Memang aku perlu
gandakan kawalan pada anak-anak aku lepas ni. Mengenai bahan-bahan “protection”
tu pula, takpe lah, jika terkena, aku beritahu sahaja niat aku. Bukan untuk
sesiapa, untuk mereka yang tersayang juga. Kalian juga dinasihati supaya lebih
berhati-hati. Sindiket Culik Kanak-kanak
ni sanggup buat apa sahaja. Dan sebagai ibu bapa, kita juga perlu sanggup
buat apa sahaja. hmm!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com