Di bunuh dan bukannya membunuh!

Julai 21, 2016
Di bunuh dan bukannya membunuh!| Rasanya, semua dah tahu dan dah baca mengenai seorang ibu yang dikatakan meracun anaknya hingga maut dan kemudiannya membunuh diri akibat daripada kesempitan hidup yang di alaminya. Namun! Berita terkini yang diterima, mereka sebenarnya bukan membunuh diri tetapi di bunuh! Lihatlah, bertapa murahnya nyawa manusia kini. Dan apa kesalahan anak-anak kecil tu sehingga diperlakukan sedemikian rupa.

Perasaan pertama kita kalau baca berita seorang ibu yang tergamak bunuh anak sendiri kerana hidup miskin sudah pastinya marah kan? Sanggup seorang ibu memperlakukan anak-anak seperti itu. Sudah pasti banyak tomahan yang kita lemparkan pada keluarga. Itu bila kita tak tahu cerita. Tetapi cerita sebenarnya adalah, mereka dibunuh! Dan bukannya membunuh!

Mengikut siasatan polis, terdapat syak wasangka pada mayat si ibu. Kebiasaannya, mayat mereka yang menggantung diri,lidahnya akan keluar sedikit. Tetapi tidak pada mayat si ibu. Namun apa yang menyedihkan aku adalah, anak-anak nya. Apakah yang mereka tahu? Kenapa mereka juga menjadi mangsa manusia yang tidak ada perasaan ini? huhuhu.

Seringkali, apabila berlaku sesuatu masalah, anak-anak yang menjadi mangsa! Kenapa? Kenapa? Apakah dosa mereka? Mereka tak tahu apa2! Kenapa perlu di perlakukan mereka sedemikian rupa? Tubuh mereka suci. Tiada dosa! Kita yang banyak berdosa! Kenapalah perlu diperlakukan anak-anak kecil itu. Aku kongsikan berita penuh kes ini.

www.ceritaejoy.com

Kuching; Kes penemuan mayat dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun serta ibu mereka di sebuah rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan, malam tadi, kini disiasat sebagai kes bunuh dan bukan lagi mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar M M Sree Shunmugam berkata, ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat tiga beranak itu kini berada di Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mereka.

"Polis akan meneliti laporan bedah siasat bagi memastikan sama ada berlaku pelakuan jenayah dalam kes itu," katanya.

Dalam kejadian malam tadi, polis menemui dua kanak-kanak berkenaan dalam bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia manakala yang berusia empat tahun dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan.

Turut ditemui dalam bilik tidur itu sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak terbabit.

Seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 37 tahun ditemui tergantung, dipercayai menggantung dirinya dalam bilik air rumah itu.

sumber : Harian Metro.

4 ulasan:

  1. kesian budak kecik tu. siapalah yg sampai hati buat macam ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..hmm..sedih je..apa pun, syurga untuk anak kecil tu..

      Padam
  2. mungkin motifnya untuk menutup kesalahan si pelaku, apapun memang amat kejam, semoga pihak berkuasa dapat mencari kebenaran dalam kes ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..tapi dia tersilap bila part gantung diri tu. kat situ dia takleh bohong..mungkin juga sebab dia dah terlalu takut, dan tak mampu berfikir..

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.