Kerana wang atau kerana ilmu?
Kerana wang atau
kerana ilmu? | Aku selalu berbagi rasa. Menulis kerana wang atau kerana
ilmu? Sebagai contoh, usaha aku untuk Buat
Duit Usd Online. Nak dapatkan Duit
Dengan Adsense, kena menulis. Dan menulis itu adakah kerana wang USD yang
bakal aku terima atau kerana rasa ingin mendapatkan ilmu atau berkongsikan ilmu
yang aku ada dengan semua.
Bila niat menulis itu hanya untuk mendapatkan wang
semata-mata. Terasa seperti susah untuk aku capai. Sebaliknya, kalau menulis
itu kerana ilmu, wang itu akan datang dengan sendirinya. Betul tak? ke salah
apa yang aku cakap ni? kalau salah, cepat-cepat betulkan yer.
Aku rasa, bila niat aku menulis tu lari sedikit, rasa macam
berat je earning adsense aku tu. Hahaha. selalu jugak aku pantau akaun adsense
aku tu. Bila la nak cukup USD100. Nampak tak dekat situ, apa niat aku
sebenarnya? Hanya kerana wang. Bukan mudah sebenarnya nak ubah rasa ni. Yelah,
bila kita dah tahu cara buat duit dengan
blog, ia juga sama dengan usaha kita setiap bulan untuk dapatkan gaji. Betul
tak? ke aku salah jugak?
Kadang-kadang jadi hairan dengan rakan-rakan blogger yang
lain. Setiap bulan cashout adsense. Berjaya sungguh buat duit USD online ni. Atau cara yang aku praktikkan sekarang ni
salah? Ada seorang rakan blogger yang Private message aku. Katanya lokasi iklan
adsense aku salah. Alhamdulilah, lepas betulkan, ada la nampak peningkatan pada
earning adsense tu. Tak banyak tapi ada la peningkatan.
Kadang-kadang, blog personal ni agak susah untuk Buat Duit Usd Online berbanding blog
dengan niche hiburan atau isu semasa. Yelah, macam orang cari surat khabar
pagi-pagi. Semuanya sebab nak baca isu semasa, apa yang berlaku di dalam dan
luar negara. Bukan orang nak tahu cerita aku buat apa hari-hari Kan? Aku siapa?
Bukan artis kahwin ramai pun. Ulps! Hahaha.
Ha! Kalau nak berjaya Buat
Duit Usd Online ni, korang tulislah pasal cerita hiburan. Tu, cerita pasal Selena Gomez Datang Malaysia. Uisshh. Hangat
sungguh isu selena ni. Katanya, ramai yang risau, isu terbukak sana, terbukak
sini. Bab ni, tak mahu la aku komen. Selena Gomez tu tak datang malaysia pun,
dah banyak isu bukak sana, bukak sini dekat malaysia ni. Yang open terus pun
ada. Tu, kelab malam, cuba masuk sekali, tengok ada apa kat dalam. Ish!
Aku tak lah nak suruh korang masuk dalam kelab malam tu,
tapi aku Cuma nak kasitau, yang kat dalam tu lagi teruk. Jadinya, kalau nak
salahkan selena tu, kena tengok apa yang berlaku dekat sekeliling kita dulu. Aku
pun tak lah sokong 100% Selena Gomez
Datang Malaysia. Aku pun bukan minat sangat dengan dia tu. Hahahaha.
Ish! Dah jauh pulak aku lari ni. lari lari, kita lari,
sambil nyanyi, hey yah! Hey yah! Teringat pulak waktu sekolah dulu. Waktu PT
pagi. Hahahaha. Oklah! Cukup cerita aku setakat ni. Mukadimah di awal hari
jumaat. Permulaan kepada penulisan blog ceritajoy. Semoga segala urusan aku dan
kalian semua, dipermudahkan oleh Allah. Amin. Amin. Amin ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com