Berjaya Capai Bounce rate 10%!

Julai 29, 2016
www.ceritaejoy.com

Berjaya Capai Bounce rate 10%! | Aku sebenarnya, selalu jugak baca cerita mengenai Bounce rate ni daripada blog-blog blogger otai malaysia. Semuanya memandang berat kepada peratusan bounce rate ini. Jika korang tak percaya, korang boleh baca artikel mengenai perkara ini yang di tulis oleh sifu Seo Malaysia, hasrul hassan. Ini artikel nya : Sebab Tukar template. Baiklah, pentingkah bounce rate pada sesebuah blog? Jom kita fahami perkara ini dengan lebih mendalam. Apa itu Bounce rate?


Apa Itu Bounce Rate?


Sebelum kita cerita dengan lebih mendalam, kita kena faham dulu, apa itu bounce rate. Aku cerita secara ringkas ya! Supaya semua faham. Bounce rate ini adalah sebagai petunjuk kepada sebuah blog. Jika tinggi bounce rate sesebuah blog itu, maka kandungan blog atau blog itu sendiri tidak bagus. Sebaliknya, jika rendah peratusan nya, maka kandungan dan blog itu adalah sangat bagus. Faham kan? Tinggi tak bagus, rendah bagus. Ok?

Dalam bahasa computer pula, bounce rate ini bermaksud, kadar masa pembaca apabila berada di dalam blog kita. Sebagai contoh, seorang pengunjung baru datang ke blog anda. Dan membaca artikel yang anda tulis kemudiannya berlalu pergi tanpa melihat kepada artikel lain. Atau mungkin ada pengunjung yang terus keluar dari blog tanpa baca apa-apa. Daripada situlah kadar kiraan atau ratio bounce rate di kira.

Setakat ini, korang faham tak Apa Itu Bounce Rate? Harapnya faham la ye. Mudah je. Peratusan tinggi, blog atau kandungan tidak bagus, peratusan rendah pula, blog atau kandungan blog bagus. Ok?

Kenapa bounce rate blog tinggi?


Baiklah. Kita tengok pula, di antara sebab kenapa bounce rate blog tinggi. Ilmu ini aku ambil dari sifu Seo Hasrul Hassan dan kongsikan di blog ceritaejoy. Kebiasaannya, sebuah blog yang mempunyai bounce rate yang rendah adalah blog yang mempunyai niche sendiri. Faham kan niche blog? Yang faham, faham la ye, yang tak faham, takpe, abang tolong fahamkan. Hehe.

www.ceritaejoy.com

Niche blog bermaksud, blog yang tertumpu pada sesuatu topik sahaja. Sebagai contoh, blog photografi yang hanya menumpukan cerita mengenai gambar dan kamera. Jika niche blog itu adalah kesihatan, maka cerita di dalam blog itu, hampir kesemuanya menceritakan mengenai kesihatan. So, fahamkan niche blog ni apa? Baiklah. Sekarang, soalan Aku, cuba teka, Apakah Niche blog ceritaejoy? Siapa jawab betul, aku belanja topup RM5. Hahaha.

Kembali kepada cerita mengenai bounce rate blog. Walaupun blog kita mendapat trafik yang tinggi disebabkan perkongsian cerita mengenai sesuatu isu, jika pengunjung yang datang hanya untuk membaca cerita tersebut, maka ianya di anggap sesuatu yang gagal. Kata sifu juga, ianya juga tidak bagus untuk pengiklanan. Kalau pengunjung tu sambung baca cerita lain, ini bermakna bagus la. Yer.

Macam Mana nak dapatkan bounce rate yang rendah?


Aku bukan otai, tapi petai. Hahaha. Aku suka guna ayat tu. Aku sendiri pun tak pasti macam mana nak dapatkan bounce rate yang rendah untuk blog. Aku Cuma ikut sahaja panduan daripada mereka yang pakar. Mengenai cara nak dapatkan bounce rate blog yang rendah, korang boleh baca dekat sini : Tips& trik dapatkan bounce rate blog rendah.

Baiklah, dari tadi aku bercerita pasal bounce rate ni, tapi tak tunjukkan pun bounce rate ceritaejoy. Ikhlas aku katakan, bounce rate aku sebelum ni, cecah 70 ke 80%. Sungguh! Namun, selepas beberapa ubahan pada blog, alhamdulilah, inilah nilai terkini bounce rate ceritaejoy. Alhamdulilah.

www.ceritaejoy.com

10 ulasan:

  1. tahniah tahniah .. menjadi baik sangat tu .. perghhh .. jeles tahap cipan tenuk ni weihhh .. hebat hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh..sifu! hehehe..sy guna panduan yang sifu kongsikan la..dan ada beberapa ubahan pada template..alhamdulilah..:)

      Padam
  2. xde check pun bounce rate kat blog..wah..tahniah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. bak kata salah seorang blogger otai malaysia, tuan amir denaihati, kebiasaannya, ramai blogger yang tidak memandang berat pada bounce rate blog mereka kerana menumpukan perhatian pada sosial media untuk tarik trafik ke blog..:)

      Padam
  3. hebat! tahniah. boleh jadi pengjar ni. terima kasih kerana memberi kefahaman dalam bentuk yang mudah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh..yeker? boleh jadi cekgu tak? hahahha..terima kasih..

      Padam
  4. selamat ya atas pencapain nya untuk bg Hafizul

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.