Disakat penghuni hutan!

www.ceritaejoy.com

Disakat penghuni hutan!| Ceritaejoy macam ni, semalam, hati ni, memberontak nak bawa ayam yang aku bela tu masuk hutan. Ala, bukan hutan pun sebenarnya, cumanya kawasan teroka. Pemaju dah tolak tanah nak buat taman perumahan. Ikutkan, kawasan perumahan yang aku duduk sekarang ni, dulu nya juga hutan. Dan bersebelahan dengan taman perumahan aku ni juga akan dibina taman perumahan. Dan disinilah cerita seram itu bermula!

Tapak bakal perumahan tu masih banyak pokok-pokok terbiar. Yelah, mereka tebang dan tinggalkan. Biasalah, bila hutan diteroka, banyaklah haiwan yang lari. Salah satunya adalah ayam hutan. Ahha! setiap awal pagi dan petang, aku akan dengar ayam-ayam ni kokok. Sebelum tu, aku nak beritahu juga, ni bukan ayam hutan original tau. Tapi ayam hutan kacuk. Orang kampung lepaskan ayam mereka. kemudian bersama dengan ayam hutan, maka terjadilah ayam kacuk. Hahaha.

Kalau ikut pada peraturan perhilitan, adalah menjadi kesalahan menangkap ayam hutan. Tetapi tidak menjadi kesalahan jika kita menangkap ayam kacuk. Betul tak? Ke aku salah? Hahaha. Yang aku faham, peraturan itu hanya pada ayam hutan original. Tak kisahlah, yang penting, aku bukan nak pergi tangkap pun ayam-ayam tu, Cuma suka dengar mereka berkokok awal pagi. Hehe.

Orait! Ceritaejoy macam ni. Semalam aku cuti. Jadinya, kesian lah ayam aku asyik dok dalam sangkar je, nak juga biar dia rasa alam semulajadi. Aku pun bawalah ayam aku tu masuk ke kawasan teroka tu. Hutan kan! Memang lah seram sejuk sikit nak masuk. Walaupun dah teroka, dah tebang semua pokok, aku masih rasa tak sedap hati nak masuk dalam kawasan tu.

Yang sebenar nya, waktu kat rumah aku dah tak sedap hati. Jantung ni dup dap dup dap. Aii, dah kenapa? Aku Cuma sedapkan diri, aku kurang tidur. Memang pun! Aku kalau cuti hujung minggu, memang aku tak tidur, aku layan movie je! Hahaha. Ok! Walaupun pada awalnya aku dah tak sedap hati, tapi aku teruskan jugak! Aku jalan je masuk dalam kawasan bakal tapak perumahan tu.

Dalam pada aku berjalan masuk ke dalam kawasan tu, penuh lah pokok-pokok terbiar kat sekeliling aku ni. owh ya! lupa nak beritahu, ada rakan taman perumahan pernah nampak seekor babi hutan main-main dekat area hutan teroka ni. seekor je. Siap ada gambar lagi mereka kongsikan dekat dalam group whatsapp taman. Hish!

Bila aku dah sampai ke tengah-tengah kawasan tu, aku mula lah nak pacak ayam aku. Nak biarkan dia main tanah dekat area tu. Tapi semua macam tak kena. Hati aku ni, dari tadi tak sedap. Jantung ni, bukan main laju lagi. Dah kenapa kan? Lama jugalah aku dekat area tu. Kejap-kejap aku mandang kearah hutan yang masih ada tu. Bersebelahan tanah yang dah teroka ni.

Bila terlalu lama dan semuanya serba tak kena, aku buat keputusan balik je rumah. Aku ambil ayam aku dan gerak balik. Bila aku sampai rumah, isteri aku terus lah tanya, kenapa balik awal? Ada nampak ayam-ayam kat hutan tu? Aku cakap la, jangan kata nampak, bunyi kokok pun aku tak dengar. Isteri aku jadi pelik! Katanya, bunyi ayam kokok bersaut-sautan dengar dekat rumah aku.

Aii? Aku tak dengar sekor pun, dia boleh dengar berekor-ekor? Kat situ aku dah pelik. Tapi aku diamkan jelah. Hati aku, walaupun dah lama sampai rumah, tetap tak sedap. Lama jugalah aku duduk dekat luar rumah. Sambil tengok ayam, sambil fikir. Kenapa wife aku yang duduk dekat rumah boleh dengar, aku yang duduk dalam kawasan tu tak dengar. Kan pelik bunyinya tu?

Bila dah lama menung kat luar rumah, aku masuk lah dalam. Layan anak-anak aku. Suruh wife buatkan air sambil tengok cerita kartun dengan anak-anak. Lama sikit, baru lah wife aku tanya, ada apa-apa yang tak kena ke? Aku diam je. Kemudian wife aku beritahu, dia nampak satu bentuk besar. Tinggi! Sama macam pokok getah. Warna hitam. Berdiri di celah-celah pokok betul-betul depan aku. Tapi jauh la.

Hmm, bila aku dengar, hati aku mula la lega! Sebabnya, mungkin itulah penyebab kenapa aku asyik memandang ke arah hutan yang masih belum teroka tu. Rupa-rupanya, ada benda lain yang turut sama memandang aku! Yelah, kita masuk “tempat orang”, jadinya faham-faham lah kan! Mungkin kawasan teroka tu, dahulunya ada “penempatan”. Bila kita masuk situ, dengan tak beri "salam", tentunya ada yang tak suka kan?

Kena sentiasa ingat, kita hidup kat dunia ni, berkongsi dengan hidupan lain. Jadinya, kalau nak pergi mana-mana yang bukan dalam penempatan manusia, sentiasalah berhati-hati. Sentiasa ingat pada Allah. Jangan main redah je macam aku buat ni. hmm. Tapi kan, aku tak tahu kenapa, aku macam nak masuk lagi je kawasan tu. Hehehe. Tapi mungkin berteman lah lepas ni. amacam?

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.