Berpeluang memandu uji kereta Rolls Royce.
Berpeluang memandu
uji kereta Rolls Royce!!| Ianya mimpi bilamana aku berpeluang memandu uji
kereta mewah berjenama Rolls Royce ni! Bagai bulan jatuh ke riba rasanya! Manakan
tidak, kereta berharga jutaan ringgit ini hanya menjadi koleksi orang kenamaan
sahaja! Harga kereta dah sama macam harga sebuah banglo mewah. Jadi bila aku
dapat peluang keemasan macam ni, mesti lah rasa bangga dan seronok tu penuh
dalam dada. Betul tak? Nak beli Rolls
Royce Phantom tu macam, ehem..ehem..hehe.
Ceritaejoy macam
ni, aku dan keluarga ke majlis perkahwinan seorang rakan di pantai timur. Jauh juga lah perjalanannya kalau dari Melaka ni. biasalah, majlis kenduri kahwin macam ni,
ramailah rakan-rakan yang hadir. Kejutan terjadi bila aku dan keluarga nak
berangkat pulang. Rakan baik aku ni datang dan mengucapkan terima kasih kerana
sanggup datang dari jauh.
Ala, majlis kawan baik, jauh mana pun, kena lah usaha datang
kan? Tetapi, melihat kepada keadaan kereta yang aku bawa, ala,tak lah teruk
sangat pun! Boleh je nak bawa keluarga jalan-jalan, tapi tidaklah seperti
kereta sukan *kereta sport” rakan-rakan lain yang datang. Apa lah ada nya pada
kereta kan? Aku Cuma cakap pada kawan aku, asal mampu bawa keluarga pergi
mana-mana, dah cukup bersyukur dah.
Mungkin wujud perasaan simpati dalam hati rakan aku ni, lalu dipelawa nya aku gunapakai kereta dia. ha?? Biar kebenaran? Selamba je dia
pelawa aku guna kereta Rolls Royce
Wraith dia. Woi! Kalau nak dibezakan harga kereta aku dengan harga kereta
dia, rasanya boleh beli beratus kereta aku ni! Mahal ya amat!
Orang dah pelawa, takkan nak tolak kan? Bagai pucuk dicita ulam mendatang je rasanya
ni! hehe. Bila tengok je kereta Rolls
Royce Wraith tu, hati aku dah dup dap dup dap. Menggeletar seluruh badan aku
ni. yelah, mana pernah aku bawa kereta mewah macam ni. Lagi pulak jauh
perjalanan dari pantai timur ke selatan. Huish! Dalam kepala aku dah mula
terbayang macam-macam. Kalaulah jadi apa-apa atas jalan nanti. Macam mana? Kena
pulak yang melibatkan kerosakan, mampu ke aku nak bayar? Ish!
Aku Cuma mampu berdoa je. Semoga perjalanan aku selamat
sampai ke destinasi yang dituju. Keluarga aku? Jangan cakap la! Lebih-lebih
lagi anak-anak aku. yelah, kereta besar macam Rolls Royce Wraith ni, seronok lah mereka main kat dalam tu! Ish! Aku
pulak yang risau! Yelah, kalau lah terkoyak seat tu, macam mana? Tak mampu ayah
nak bayar nak oii! Tolonglah jangan buat apa-apa yang pelik ya!
Habis semua di usik nya anak-anak aku. Banyak sangat button
dalam kereta ni. Yang sebenarnya, aku pun jadi cam gayat sikit bila bawa kereta
Rolls Royce Wraith ni. Tapi aku
cover jelah, tak kan nak tunjuk kat anak-anak kan? Hahaha. wife? Duduk sebelah,
bajet-bajet sopan. Walhal aku nampak anak mata dia meliar pandang sana sini. Hahahaha.
Mulanya semua rasa ok je. Tapi sesuatu yang kurang baik
berlaku bila aku berhenti nak isi minyak. Al maklumlah, kita ni pakai kereta
biasa je. Isi minyak pun biasa je. Aku isi lah minyak mahal dalam kereta Rolls Royce Wraith ni. Tapi bila aku
nak start je, dia tak mahu hidup! Aduh! Dah kenapa ni? Ada apa-apa yang tak
kena ke? Aduh! Jangan buat pasal oii! Jauh lagi nak sampai Melaka ni. Nak patah
balik pun dah jauh. Aduh!
Memang kelam kabut aku dibuatnya waktu tu. Menggelabah habis!
Waktu tu pulak la telefon nak berdering bagai. Memang aku buat tak tahu jelah. Semua
tu tak penting! Tapi dia berdering lagi, aduh! Siapa pulak yang call
waktu-waktu macam ni? aduh! Sudahnya aku dengar suara wife aku, sayup je
dengar:
“ Sayang, bangun sayang. Dah dua kali jam loceng dekat
Handphone tu bunyi. Kang lambat pula nak pergi kerja”
What?? Mimpi ke? Aduh! Kenapalah tak tunggu sampai Melaka baru
tersedar dari mimpi indah ni? hahahahahaha. Aku bangun dengan senyuman yang
melebar! Yelah, Berpeluang memandu uji
kereta Rolls Royce tu! Walaupun bukan dalam alam yang nyata, aku tetap juga
dapat memandu kereta Rolls Royce Wraith ni.
hehehe. Aku yakin, bukan semua orang pun dapat peluang bermimpi macam ni kan? Hehehe.
Haaa dah tau dah mula- mula baca tu dah lain macam .. Anyway apa salahnya mimpi pun bukan bayar ,.verangan sekejap
BalasPadamkan? hehe. sebab mimpi bukan boleh set-set. mimpi tu semulajadi. dia datang sendiri. itu yang rasa happy tu. bukan senang nak mimpi bawa kereta mewah macam ni. hehehehe
Padam