Sedangkan lidah lagi tergigit.
Sedangkan lidah lagi
tergigit|Pernah dengar Peribahasa Sedangkan Lidah Lagi Tergigit? Jika tidak
pernah, ianya membawa maksud sesuatu hubungan yang rapat, contohnya suami
isteri, adik beradik atau sahabat karib, walaupun akrab dan baik, pasti akan ada
perselisihan faham. Tengok sahaja lah lidah dan gigi, dari kecil mereka bersama,
terkadang tu tergigit juga. hehe.
Baiklah. Siapa yang pernah tergigit lidah sendiri? Atau cuba
saja-saja nak gigit lidah? Kebiasaannya lidah tergigit ini berlaku sewaktu kita
tengah makan. Bayangkan tengah syok-syok makan, gigi tergigit lidah. Tak sakit
kau? Sakit oi! Rasa macam nak ketuk-ketuk je meja. Tapi salah siapa? Bukan salah
meja kan?
Lidah Tergigit Pertanda Apa?
Orang kita ni, yelah, orang kita, bila berlaku sesuatu yang
jarang berlaku, mulalah kaitkan dengan sesuatu. Yelah, logiklah, takkan kerap
sangat tergigit lidah sendiri kan? Takkan sebulan sekali? Seminggu sekali? Atau
mungkin sehari sekali? Tak kan? Kalau sehari sekali, amboi, mau kembang lidah
korang nanti. Hahaha.
Ha, orang cakap, Lidah
Tergigit Pertanda ada orang sedang bercakap sesuatu yang buruk pasal kita.
Ini orang cakap dan biasa aku dengar. Bila kita cakap, adoi! Tergigit lidah
pulak, orang mesti akan cakap, ni mesti ada orang yang tengah cakap sesuatu
yang tak baik pasal kau ni. ha. Korang pernah dengar pasal ni tak?
Tapi aku tak percaya pun! Hahaha. pada aku, yang kau makan
gelojoh sapa suruh, kan? Macam aku, semalam, makan kambing bakar. Sedap weh! Makan
dekat rumah, memang tinggal tulang jelah. Kalau makan dekat kedai, masih ada
isi sikit-sikit. Hahaha. Nampak tak dekat situ?
Ada isi kat bahagian terselit-selit tu. Beriya-iya nak
makan. Nah amik kau! Tergigit lidah sendiri. Sakitnya? Berair biji mata aku.
Tapi kan, bukan tak pernah makan beriya macam tu, tapi kenapa semalam tergigit
lidah sendiri? Hmm..
Waktu aku tengah menaip entry ni, lidah aku sebelah kiri
masih sakit lagi. Ish! Takkan sehari kot? Betul punya kuat gigit nih! Takpe Lah.
Bukan selalu pun dia bagi sakit. Anggap sahaja sakit itu penghapus dosa kecil. Itu
dosa kecil, kalau dosa besar? Sendiri fahamlah kan? Hahaha.
Tapi, sekejap! Siapa peminat kari dekat sini? Kalau yang
minat kari ni, aku tak pasti lah berapa kali mereka tergigit lidah sendiri. Sebabnya,
mereka ada <7 Tabiat Unik Yang Korang Mungkin Tak Tahu Tentang Orang YangSuka Kari>. Aku sendiri pun baru tahu memandangkan aku tak berapa suka kari.
Fuh! Macam ni pun ada ek?
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com