Lebih baik menyendiri dari punya kawan-kawan.
Lebih baik menyendiri dari punya kawan-kawan|Aku suka jadi
diri sendiri. Tanyalah pada sesiapa pun, siapa yang suka dengan manusia yang
baik di depan, tapi tikam belakang. Manusia-manusia kategori buangan ini
sepatutnya dihindarkan. Aku tak pandai simpan bahasa. Aku akan luahkan apa
sahaja yang ingin aku cakap. Dan atas alasan itulah, Aku. Manusia yang dibenci
dan dipinggirkan.
Dari kecik aku dah perasan benda ni kat diri aku. Aku memang
tak suka dengan manusia yang suka tikam belakang ni. Sekali aku tahu, mana-mana
orang sekeliling aku, yang bercakap benda yang tak betul pasal aku, pasti aku
akan jauhkan diri dari mereka. Untuk apa aku terus berkawan dengan manusia
semacam ini kan? Biarlah kawan aku sedikit pun, atau mungkin aku takda kawan. Dari
dikelilingi manusia busuk macam tu.
Banyak kali juga. Aku ambil masa berbual dengan seorang
rakan ni. Wah, bukan main bercerita keburukan pasal seorang kawan kami ni.
Kemudian, aku ambil masa lain, duduk berdua pula dengan rakan ni. Aku nak
tengok, apakah dia juga akan bercerita pasal keburukan rakan yang awal tadi. Dari pemerhatian aku, mereka berdua, dua-dua tak boleh pakai.
Sebab apa? Sebab mereka baik bila di depan, tapi saling
mengeji di belakang. Apa korang akan tetap berkawan dengan spesies semacam ini?
Mungkin ya pada kalian, tapi tidak pada aku. Nak buat apa kawan-kawan macam
ni? Lebih baik takda kawan. Lebih baik menyendiri. Biarlah orang nak kata apa.
Ada kawan-kawan pelik. Kenapa aku selalu bawa diri. Kadang duduk
sorang-sorang. Minum sorang-sorang. Semua sorang-sorang. Jawapannya adalah
kerana, aku tahu siapa mereka. Apa yang mereka lakukan bila dekat belakang. Aku
dari kecil memang macam ni. Biarlah takda kawan.
Orang selalu cakap aku manusia teruk. Kerana selesa hidup
sorang-sorang. Hakikat yang sebenarnya, manusia yang paling teruk adalah
manusia yang suka tikam belakang ni. Manusia semacam ini, layaknya duduk di
tengah hutan atau lautan. Kerana mereka bila-bila masa sahaja, boleh merosakkan
diri kita.
Takpalah. Takda kawan tidak bererti tiada kehidupan. Biarlah
aku hidup takda kawan, dari berkawan dengan manusia buangan.
sangat setuju dgn ni. sy lebih suka jauhkan diri kalau dah tau kwn tu jenis mcm mana. kdg ada benda yang kita ok, tp kalau yg suka tikam belakang, pijak kwn sendiri mmg malas dh nak brkwn dgn org mcm ni.
BalasPadamtakpalah..biarlah duk minum sorang-sorang..berjalan sorang-sorang..daripada duduk dengan orang yang dok tikam kita. kawan-kawan pulak tu..
Padamsame goes to me...keep moving ^^
BalasPadamthanks ya!
Padam