Kenapa perlu tulis?

www.ceritaejoy.com

Kenapa perlu tulis?|Pernah tak kalian semua berhadapan dengan situasi tiba-tiba sahaja lupa pada sesuatu yang dah lama kalian ingat atau buat? Ayat yang biasa kita guna, “adoi, lupa pulak, waktu-waktu macam ni la nak lupa, aku ingat benda tu, jap aku ingat balik”. Ha, pernah tak berhadapan dengan situasi macam tu?

Kalau aku, aku dah biasa berhadapan dengan situasi cepat lupa. Kadang-kadang tu, benda yang biasa kita buat pun, kita boleh lupa. Yang sebenarnya, Allah nak beritahu pada kita, yang setiap ilmu yang kita ada, yang sebenarnya bukan hak mutlak kita. ilmu itu milik Allah. Itulah kadang-kadang kita boleh lupa dengan perkara yang kadang-kadang kita dah buat bertahun lamanya!

Orait! Cukup setakat itu, yang sebenarnya, ceritaejoy kali ini nak cerita pasal terlupa password computer sendiri! Computer pejabat pulak tu. Yang sebenarnya, aku biasa tulis setiap benda baru yang aku buat dan akan buat. Tujuannya supaya aku tak lupa. Tapi kali ni aku lalai! Jadinya, gelabah sekejap aku dibuatnya!

Jadinya, bila aku dah lupa password computer, terus cepat-cepat aku ambil kertas dan tulis. Ha, nampak tak aku cakap tulis dekat situ? Password yang biasa aku guna pada setiap perkara milik aku, bahagian depannya sama, yang bezakan setiap password aku tu adalah no di belakangnya. Hehehe.

Aku Cuma ingat no baru yang aku guna tu dari atas bawa ke bawah. Hehehe. Korang faham tak? Tapi semua no yang aku masukkan semua tak boleh guna! Kalau orang tengok aku tulis-tulis no tu, mesti orang ingat aku main ekor. Erks!

Penuh juga whiteboard tu aku tulis dengan bermacam-macam no. Dan kesemuanya tak boleh guna! Hmm, memang pelik, kalau dah semua no tak boleh guna, tak kan aku guna huruf pula kan? Ini memang pelik! Pelik sepeliknya! Adoi!

Bila dah banyak no aku masukkan, computer aku locked! Arghh! Lagilah aku tension! Kerja banyak nak kena siapkan ni. hmm, yang sebenarnya, dah wujud rasa putus asa dalam diri aku ni. yelah, boleh dikatakan semua no aku dah masukkan, dan kesemua no tu tak boleh guna, memanglah pelik kan? Hmm.

Bila dah rasa kecewa dan putus asa tu, barulah aku terfikir 1 benda. Ha! Sebelum tu, aku lupa nak kasitau, sebelum ni aku guna desktop sahaja. Tapi sekarang dah guna laptop. Ha, bila dah semua usaha aku dah buat, baru aku teringat 1 benda. Yang sebenarnya, pernah nampak seorang rakan aku buat.

Caranya mudah je. Cucuk line server dekat laptop! Adoi! Bila dah masukkan line server, terus boleh login computer. Hahahahha. Maklumlah sebelum ni, takda masalah pun pakai desktop, ni pakai laptop, terus jadi. Adoi! Tapikan, yang sebenarnya kenapa ek? Bukan ke laptop tu ada wireless?

2 ulasan:

  1. Manusia mudah lupa la HI...
    nieyl pun sometime cmtu jugak..
    terlupa password..nasib baik la ade tulis kat mana²..(sukar dijumpai) "dalam hati" haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, sebelum ni memang ada tulis..tapi kali ni cuai pula..hmm

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.