#3 Kena reject lagi dengan google adsense.

Jun 21, 2016
www.ceritaejoy.com

#3 Kena reject lagi dengan google adsense|Disebabkan aku rasa macam sukar je nak dapatkan kelulusan dari google adsense ni, jadinya aku buatlah entry berangkai. Kecewa? Jangan tanyalah. Tapi tidak lah sehebat sewaktu aku nak apply akaun hosted dulu. Pengalaman mengajar kita  erti kehidupan. Hahaha. persoalan sekarang, kenapa Daftar Adsense Di Tolak?

Kalau kita tengok pada email yang dihantar, permohonan untuk mendapatkan akaun non hosted adsense di tolak adalah kerana kandungan yang tidak mencukupi. Bila sebut mengenai kandungan, ini menunjukkan blog ceritaejoy sangat kurang entry yang di cari orang.


www.ceritaejoy.com


Sebuah blog haruslah mempunyai “keyword-keyword” yang hebat. Yang menjadi carian ramai pembaca. Blog ceritaejoy pula, lebih banyak cerita kosong daripada cerita yang banyak isi penting. Hahaha. Yang sebenarnya, aku malas! Hahaha!

Nak menulis dengan keyword ni pada aku susah jika dibandingkan dengan menulis tanpa keyword. Sebab apa? Sebab kalau kita menulis tanpa keyword, kita tak perlu cari keyword yang paling banyak di cari, kita Cuma tulis apa yang ada di dalam minda kita. Menulis dengan rasa gembira! Hahaha.

Haip! Kenapa korang reject permohonan non hosted adsense aku ni? ala, sikit-sikit tu pejam mata sudah lah. Hahaha. Bulan Ramadhan ni, kan elok kalau kita bersedekah. Tak gitu team adsense? Boleh cam gitu? Hahahaha.

Hmm, kalau sewaktu apply hosted akaun dulu, aku di reject sebanyak 8 kali, takkan aku nak kena reject dengan jumlah yang sama waktu nak apply non hosted pula kan? Ish! Itu kalau jumlah yang sama? Kalau lebih? Tak ke haru dibuatnya?

Punca kena reject permohonan akaun adsense adalah disebabkan kandungan yang tidak mencukupi? Hmm, nampaknya aku kenalah buang sifat malas aku tu. Kenalah rajin-rajin menulis entry yang ada keyword yang orang sentiasa cari.

Takpa Lah, nak Buat Duit Dengan Adsense punya pasal, kena lah berubah kan? Kata orang, nak berjaya di dalam sesuatu bidang tu, kenalah banyak usaha. Bukan dengan 1 usaha sahaja dah boleh berjaya, betul tak? Haip! Usaha! Usaha! Usaha!

Semoga aku berjaya Buat Duit Usd Online!

7 ulasan:

  1. Selamat bermaraton buat entri..haha

    BalasPadam
  2. ada tukar setting language kepada Malay tak?
    kurangkan gambar, video dan flash image semasa mohon
    kurangkan gambar dari website lain especially gambar yg kemudian kita bg credit link
    Text mesti complete dengan intro, paragraph supaya crawler senang nak detect
    lepas ni buat 10 entry with at least 500 words buat la cerita novel rekaan ke apa ke.. then start reapply.
    Good luck ejoy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaa..tukar setting bahasa dekat mana ya?

      owh..kurangkan gambar ya? ok2..lepas ni tak letak gambar lagi..

      entry at least 500 word?? wahhhhhh

      Padam
    2. good info la. iolls pun kena reject ngan google adsense. disapprove lagi. huhu. maknanya kena kurang letak pic & video and kena tulis banyak2x ayat la kan. wokeh, next will do like that. huhu.

      Padam
  3. rasanya blog nie dah banyak entri. tinggi jugak permintaan kalau nak apply adsense nie ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ish..tinggi BV..itu pentingnya entry yang penuh dengan keyword..banyak penulisan saya, tak masukkan keyword pun.. menulis dengan rasa senang hati..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.