Kenapa pembayaran gaji melalui Cimb selalu lambat?
Kenapa pembayaran gaji melalui Cimb selalu lambat?|Rasanya,
tahun ini adalah tahun ke 10 aku menggunakan perkhidmatan perbankan Cimb. Ianya
bersamaan tempoh perkhidmatan aku bekerja di sebuah syarikat di alor gajah Melaka.
Selama tempoh ini, aku *dan mungkin pengguna yang lain* kerap mengalami masalah
yang sama. Gaji lambat masuk!
Kenapa lambat? Rakan-rakan yang menggunakan perkhidmatan
perbankan Maybank sudahpun “merasai” gaji mereka. kami yang menggunakan
perkhidmatan cimb kerap kali terlambat. Pernah sekali, pembayaran bonus kepada
pekerja. Pada tarikh 10 june 2016. Wang masuk selepas jam 1430 *seingat aku*
berbanding maybank yang masuk lebih awal.
Ia menyukarkan pekerja yang memerlukan wang bagi apa-apa
urusan bayaran. Tidak perlu tanya untuk apa wang itu digunakan. Kerana kita
sedia maklum, ramai daripada kalangan penduduk malaysia yang “bergantung harap”
kepada bayaran gaji bulanan.
Jika pembayaran dilakukan pada awal hari, segala urusan
akan berjalan lebih awal. Berbanding jika pembayaran dilakukan pada tengahari,
segala urusan juga akan lambat. Mungkin pihak Cimb mempunyai alasan mereka yang
tersendiri, namun, bagi kami, kenapa maybank boleh bayar awal?
Rasanya bukan sekali dua kami berhadapan dengan masalah
semacam ini. benar! Ianya mungkin tidak menjadi masalah pada ramai orang, tapi
ada juga yang terkesan dengan kelambatan wang gaji masuk melalui cimb ini. ada
yang terkesan. Tidak menjadi masalah jika bank lain juga lambat, tetapi kenapa
pembayaran gaji melalui maybank awal?
Ada yang bertanya, kenapa tak tukar sahaja bank lain? Memang
aku ada terfikir untuk tukar, tetapi urusan pembayaran rumah aku adalah melalui
cimb. Ini bermakna aku buat loan rumah dengan cimb *1 perkara yang paling aku
menyesal* mungkin disebabkan kelemahan aku di dalam menilai semula tawaran dan
keghairahan aku untuk memiliki sebuah rumah.
Melihat kepada jam sekarang, lebih kurang 1115, aku
menjangkakan wang gaji mungkin akan masuk dalam sekejap lagi atau selepas rehat
tengahari! Lebih kurang jam 1430. Sama seperti bayaran bonus pada tarikh 10
june 2016. Membebankan bukan?
Mungkin sudah tiba masanya aku bertukar kepada bank lain? Atau
mungkin aku perlu terus terusan menggunakan perkhidmatan perbankan Cimb? Banyak
perkiraan sebenarnya jika aku mahu menukar pembayaran gaji melalui bank lain
ni, banyak kerja kena buat. Disebabkan terlalu banyak kerjalah, jadinya aku
masih kekal bersama Cimb.
Namun, jika ianya masih kekal di dalam cara selalu lewat di
dalam pembayaran gaji, aku perlu tukar bank lain! Takpa Lah, banyak kerja pun
takpa, janji gaji masuk awal. Dan segala macam urusan boleh dilakukan awal hari
dan bukannya pada sebelah petang. Itu yang lebih penting.
ENTAHLAH SBB MG TAK PERNAH TERIMA GAJI DARI COMPANY THRU CIMB ..HEHE
BalasPadam