Akhirnya, ini yang diperolehi setelah 10 tahun perkhidmatan!

Akhirnya, ini yang diperolehi setelah 10 tahun perkhidmatan!|InshaAllah, 2 bulan sahaja lagi, genaplah 10 tahun perkhidmatan aku di sebuah syarikat antarabangsa berlokasi di alor gajah Melaka. Banyak suka duka pengalaman bekerja disini. Tidak aku nafikan, syarikat ini memberikan pekerjanya pelbagai ilmu yang bermanfaat selagi mana seorang pekerja itu mahu belajar. Namun, ramai yang melihat kepada “kehebatan” Kilang Di Alor Gajah berbanding apa yang dilalui pekerja disini.

Aku tidak mengatakan kilang ini memberikan layanan buruk kepada pekerjanya. Ini adalah kerana, banyak kebaikan yang pekerja di sini terima. Namun, ada 1 perkara yang membuatkan ramai pekerja disini rasa, ianya adalah suatu yang tersangat mengarut.

Yang sebenarnya, dah tak tahu nak cerita dekat siapa. Cuba cerita dengan badan yang membantu pekerja, jawapan yang diterima hanyalah “redha”. Mana boleh guna jawapan tu. Gaji bulanan yang dapat tu, gunanya bertahun, bukan sehari. Jika kerap digunakan perkataan redha, memang sampai bila-bila lah tak akan selesai masalah ini.

Ramai di luar sana yang berfikiran, gaji pekerja kilang di alor gajah ini besar. Mungkin benar pada sesetengah pekerja. Namun, bagi aku, Akhirnya, ini yang diperolehi setelah 10 tahun perkhidmatan. Gaji basic aku setelah bekerja selama 10 tahun disini adalah bersamaan RM15XX! Dengan Kenaikan gaji aku pada tahun ini adalah di bawah RM30! Ya! Walaupun aku memperolehi keputusan yang baik daripada penyelia aku.

Bekerja selama setahun! Dan kadar kenaikan gaji kilang di Melaka ini cumalah di bawah RM30? Bayangkan kita perlu tunggu setahun lagi bagi kenaikan gaji yang sebenar. Dan apa yang lebih menariknya di sini, di kilang di alor gajah Melaka ini adalah, basic gaji pekerja lama dengan pekerja baru adalah lebih kurang lama. Tiada beza! Yang membezakan di antara pekerja di sini adalah “tempoh perkhidmatan”.

Jadi di mana kelebihan pekerja yang sudah lama berkhidmat? Dari mata kasar aku, tiada langsung kelebihan yang dirasa. Sama sahaja. Mungkin ada yang merasakan, perkhidmatan yang lama di kilang di alor gajah ini memberikan 1 pendapatan yang besar. Bagaimana mungkin besar jika kenaikan gaji Cuma di bawah RM30 setahun walaupun mendapat gred yang tinggi!

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku memperolehi kenaikan gaji di bawah RM30 walaupun mendapat gred yang baik. Jawapannya adalah kerana paras gaji sebagai pekerja biasa di sini sudah sampai ke paras tertinggi. Dan kini aku mendapat jawatan sebagai tech. Itupun kerana gaji aku sudahpun memasuki gaji tech *kalau tak, memang macam gitu sahajalah*.

Bekerja selama 10 tahun. Baru dapat naik tech. Itupun sebab gaji dah sampai gaji tech. Bayangkan, bekerja selama 10 tahun, kadar kenaikan gaji, baru sampai level tech. Jadinya, berapa kadar kenaikan gaji selama 10 tahun ini? Dah boleh bayangkan? Jadi, bagi mereka yang merasakan gaji pekerja kilang di alor gajah ini besar, rasa nya anda mungkin tersilap.

Aku ada utarakan perkara ini kepada orang yang sepatutnya. Jawapan Nya mudah sahaja. Tak boleh buat apa. Dah memang ini peraturan syarikat. Aku naik ke level tech kerana gaji sudahpun melebihi gaji pekerja biasa. Dan jika aku di promote oleh majikan, maka kadar kenaikan gaji aku adalah mengikut kadar biasa mengikut gred yang aku perolehi.

Masalahnya sekarang adalah, majikan sudahpun menghantar surat promosi aku. Namun ianya di tolak oleh pihak yang bertanggungjawab. Mengenai hal itu, aku sangat kurang pasti. Yang aku pasti, apakah logic, kenaikan gaji Cuma di bawah RM30 walaupun aku mendapat gred terbaik? Ini sememangnya suatu yang tidak boleh diterima akal.

Ada rakan-rakan yang mengatakan, redha sahajalah. Tunggulah tahun depan, gaji akan naik seperti biasa. Tahun depan tu bukan esok hari atau minggu depan. Aku perlu tunggu 12 bulan lagi. Disinilah bezanya pekerja lama dan baru.

Aku sudahpun berkhidmat selama 10 tahun di kilang di alor gajah ini. Kemudian mereka yang bekerja di bawah 10 tahun, gaji mereka juga sudah menyamai aku. Dan pada tahun depan, kenaikan gaji mereka sudah pasti sama dengan aku. Dan secara automatik nya juga, basic gaji kami adalah sama walaupun aku sudahpun bekerja selama 11 tahun *pada tahun hadapan* dan mereka mungkin sudah bekerja selama 7 atau 8 tahun!

Kehidupan sekarang tidak seperti dahulu. Kalau dulu, mungkin kita akan berasa selesa. Dalam zaman sekarang, kehidupan menjadi suatu yang sangat mencabar. Jadi bagaimana mungkin mereka minta aku tunggu selama 12 bulan lagi? Aku tak kisah jika aku memperolehi gred yang rendah! Tapi aku dapat gred yang tinggi! Gaji Cuma naik di bawah RM30??

Aku tidak kata, kilang di alor gajah ini teruk. Yang sebenarnya banyak kebaikan juga. Namun bila bercerita mengenai gaji, ia sememangnya teruk pada aku! Mana mungkin gaji naik di bawah RM30 setahun! Dan gaji basic seorang pekerja yang sudah berkhidmat selama 10 tahun Cuma RM15XX!

Di saat mereka berbangga dengan kehadiran produk baru, ada pekerja yang menderita di sini. Aku dihantar ke luar negara bagi membantu di dalam menjayakan produk baru. Dapat pula gred tinggi, dan gaji Cuma naik di bawah RM30 setahun? Ianya sememangnya suatu yang sangat mengecewakan. Hakikat sebenar kehidupan pekerja di kilang alor gajah Melaka.

2 ulasan:

  1. itulah asam garam kerja dengan orang. ye tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak ada salahnya bekerja dengan orang. cuma yang menjadi kesalahan adalah mereka yang "mengambil" kesempatan ke atas pekerja bawahan.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.