Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara.
Takut nak bawa anak
melancong ke luar Negara|Setakat kehidupan aku sekarang, aku baru sampai ke
Negara gajah putih. Dalam beberapa kali juga. Itupun atas urusan kerja. Aku ada
juga simpan hasrat, nak bawa keluarga jalan-jalan ke luar Negara. Kalau aku
dengan isteri sahaja, dah merata kami pergi, tapi kami ada 2 anak kecil berusia
di bawah 3 tahun. Jadinya, aku nak mencari Tips
Melancong Bersama Anak Kecil.
Perkara pertama yang bermain dalam fikiran aku adalah, kapal
terbang! Arghh! Aku takut mereka meragam kat atas tu. Mau Nya mereka
terjerit-jerit kat atas tu macam mana? Aku ada baca Tips Bawa Anak Kecil Naik Kapal Terbang. Antaranya berikan mereka
jajan atau bawakan mereka mainan supaya mereka leka. Tapi, aku terfikir lagi,
kalau 2 benda tu pun tak mampu melekakan mereka, apa aku nak buat lagi? Erks!
Travel Dengan Anak
Kecil ni pada aku kena betul-betul planning. Bukan boleh main sebat je. Sebabnya,
kalau berdua dengan pasangan, kita boleh buat ala kadar je. Contohnya, hotel,
mungkin rumah tumpangan je kita boleh tidur, tapi kalau dengan anak kecil, kita
mesti nak cari yang selesa sedikit.
Kemudian, Persiapan
Travelling Dengan Anak. Kalau berdua dengan pasangan, mungkin boleh bawa
beg kecik je. Mungkin sepasang dua pakaian. Tapi kalau dengan anak kecil? Adoi!
Korang faham-fahamlah sendiri kan? Kena pula yang masih menyusu. Itu yang aku Takut
nak bawa anak melancong ke luar Negara tu. Takut huru hara jadinya nanti!
Tapi kan, tapi semua tu alasan je kan? Betul tak? Kalau kita
tengok orang luar Negara yang datang ke Negara kita ni. Dah la mereka Melancong Cara Backpackers! Maksudnya tiada
hotel mewah segala ni, tapi siap bawa anak kecil tu. Dikendongnya anak itu ke
sana ke mari. Apa mereka tak punya rasa takut ke? Kan?
Aku masih ingat lagi, sewaktu aku di hantar bekerja ke luar Negara,
dekat airport klia tu, ada pasangan dari Negara luar. Berpakaian seperti mereka
yang kerap travel. Maksudnya tak berapa kemas la. Yang menarik perhatian aku
adalah, wanita itu hanya pakai stokin kaki! Dari malaysia, dia terbang nun jauh
ke Thailand! Hanya pakai stokin! Aku tak tahu la, dah berapa banyak Negara dia
pergi hanya dengan pakai stokin tu. Hahaha.
Ok. Itu hanya selingan je yer! Baik, sekarang ni, aku kena
persiapkan diri, mental dan fizikal. Untuk Travel
Dengan Anak Kecil. Negara yang berada di dalam fikiran aku ketika ini
adalah, yang pertama adalah Thailand. Kenapa thai? Sebab aku dah beberapa kali
ke sana, dan aku dah kenal pasti beberapa lokasi menarik untuk aku bawa
keluarga aku. Sudah pastinya, lokasi tersebut bakal menggembirakan mereka.
Yang keduanya adalah Indonesia. Aku suka bali. Aku suka
dengan konsep alam semulajadi dan rekabentuk binaan di sana. Dan aku juga sudah
terpikat dengan Yogyakarta! Semuanya sebab Lokasi
Shooting Ada Apa Dengan Cinta 2. Hahaha. jangan kecam aku, dah memang lokasi nya cantik-cantik. Betul tak?
Yang ketiganya Australia. Yang ini aku kena fikir balik. Sebab
ianya adalah pelawaan dari saudara isteri aku yang menetap kat sana. Ikutkan hanya
keluar belanja tiket kapal terbang je. Tapi sebab nak kena duduk dekat rumah
saudara dia tu. Itu aku fikir balik. Hahahaha. Untuk itu, aku ada alasan aku
sendiri ya.
Dan yang paling aku terasa nak bawa keluarga aku dan aku
perlu fikir terlalu banyak kali adalah Melancong
Ke Jepun Dengan Anak Kecil. Pertamanya kena fikir belanja. Mahal kot dekat
sana! Kemudian makan! Kemudian bahasa! Kemudian pentadbiran! Semua dekat sana
semua ikut masa. Kalau kita-kita je, boleh la redah , terkejar sana sini. Tapi kalau
dengan anak kecil, adoi, kesian kat mereka je.
Orait! Sekarang aku kena hapuskan perasaan Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara
ni. Kalau orang lain boleh, tak kan kita tak boleh kan? Kalau tak boleh,
semua alasan je tu. Aku teringat kata seorang teman, kita bawa diri kita, lihat
Negara orang, dan barulah kita tahu betapa majunya mereka berbanding kita. ha? Yeker?
- Tips Melancong Bersama Anak Kecil
- Tips Bawa Anak Kecil Naik Kapal Terbang
- Travel Dengan Anak Kecil
- Persiapan Travelling Dengan Anak
- Melancong Cara Backpackers
- Melancong Ke Jepun Dengan Anak Kecil
Jakarta lebih maju daripada kuala lumpur..
BalasPadameh..yeker? baru tahu..tapi rasa macam bangkok pun maju juga..hehehe
Padamtravel dgn anak kecik agak mencabar... Tp ia akan jd pengalaman buat diorg. Setuju tu, jgn takut nk g oversea walaupun ada anak kecik. =) kdg kdg diorg lagi excited hehehe...
BalasPadamkan..bila dengar anak-anak excited..kita jadi lebih seronok..wah! yes! yes! dah kena plan dari sekarang ni..:)
Padam